Atas permintaan rakan-rakan yg aku sayangi sekalian aku dgn berbesar hati nya berkongsi resepi - resepi kek yg telah aku pelajari sewaktu menjalani kursus pembuatan kek kat Kolej Komuniti Kuala Kangsar... let's cekidaut ya!
Bahan-bahannya :
1. cooking chocolate 750gm dicincang
2. cooking cream 500ml
Cara-caranya :
1. Panaskan cream sehingga mendidih.
2. Gaulkan coklat yang telah dicincang tadi sehingga coklat cair.
3. Sejukkan dahulu sebelum digunakan.
Tips : seelok-eloknya panaskan cream dan coklat tadi tu dengan cara double boil ya. ini untuk mengelakkan coklat drpd hangus dan ia lebih selamat.
*Coklat ganache ni sama je seperti topping yg kita sapukan atas kek yg kita buat :)
Kek Coklat
Bahan-bahannya :
1. Mentega 125gm
2. Gula kastor 250gm
3. Telur 3biji (Gred A)
4. Soft Flour 50gm
5. Strong Flour 125gm
6. Soda Bikarbonat 3gm
7. Baking Powder 3gm
8. Serbuk Koko 40gm
9. Air 160gm
Cara-caranya :
1. Pukul mentega dan gula selama 8minit pada kelajuan sederhana.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Ayak tepung bersama soda bikarbonat, baking powder, dan serbuk koko.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan air.
5. Masukkan ke dalam tin kek bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
6. Sejukkan sebelum dilapisi dengan coklat ganache.
Tips: sebelum kita lapiskan kek kita dgn coklat ganache, kita potong kek tu pd 2 lapisan ya. then antara 2 lapisan tu kita sapukan dengan coklat ganache. cantumkan semula kedua-dua lapisan kek tersebut, kemudiannya sapukan coklat ganache pd seluruh kek ya :)
* Soft flour ni seperti all purpose flour macam Cap Sauh tu...
* Strong Flour pula ialah high protein flour...
Bahan-bahannya :
1. Mentega 115gm
2. Gula 125gm
3. Telur 3biji
4. Soft Flour 215gm
5. Baking Soda 5gm
6. Baking Powder 5gm
7. Sour Cream 250gm
Topping :
1. Gula merah 100gm
2.Serbuk Kayu Manis 1gm
3. Walnut yg dicincang kasar 70gm
4. Mentega 20gm
Gaulkan bahan-bahan topping sehingga sebati ya.
Cara-cara membuat Kek Walnut Crumble :
1. Pukul mentega dan gula selama 8 minit pada kelajuan sederhana.
2. Masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
3. Masukkan sour cream. Biar selama 1 minit.
4. Ayak tepung bersama baking soda dan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit.
5. Masukkan separuh dari adunan tadi dan masukkan kedalam acuan kek.
6. Lapiskan separuh adunan walnut dan tutup dengan sebahagian lagi dengan adunan kek tadi.
7. Taburkan lagi separuh adunan walnut ke atas kek tadi.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
9. Sejukkan sebelum dimakan.
Tips : kalau takde sour cream, boleh gantikan dgn yogurt ok... cara buat sour cream ni senang saja, gunakan 500gm cheese dan juga 1biji lemon... Selamat mencuba!!!
Bahan-bahannya :
1. Gula kastor 125gm
2. Mentega 125gm
3. Telur 3biji
4. Tepung Super Fine 125gm
5. Baking Powder 1/4 sudu mkn
6. Esen Vanilla 1/4 sudu mkn
Cara-caranya :
1. Pukul mentega dan gula kastor selama 6 minit sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung bersama baking powder sedikit demi sedikit.
4. Tambahkan esen vanilla. Pukul 30saat.
5. Masukkan ke dalam acuan kek.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
1. Gula kastor 125gm
2. Mentega 125gm
3. Telur 3biji
4. Tepung Super Fine 125gm
5. Baking Powder 1/4 sudu mkn
6. Esen Vanilla 1/4 sudu mkn
Cara-caranya :
1. Pukul mentega dan gula kastor selama 6 minit sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung bersama baking powder sedikit demi sedikit.
4. Tambahkan esen vanilla. Pukul 30saat.
5. Masukkan ke dalam acuan kek.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
SELAMAT MENCUBA (n_n)~
wow...bestnya...thanks utk resepi tu. ada masa nti bolehlah cuba ^^...
ReplyDeleteu're most welcome... resepi ni senang di ikut, simple + delicious... ahakss... insyaAllah, next time resepi2x untuk membuat roti bakal menyusul pula (n_n)...
ReplyDelete