Monday, February 14, 2011

..:: Lumrah kehidupan, semoga tabah menempuh hari mendatang ::..

hari ni hari yg paling banyak menduga aku... pabila terlalu byk perkara yg menduga kita, sampai suatu saat kita sendiri pun da tak tau perasaan kita bagaimana. kadang-kadang perasaan bercampur baur, rasa sedih, gembira, tenang, kecewa, tertekan... adakah aku selalu mengharapkan yg terbaik utk diri aku tanpa memikirkan org lain? aku di uji sedemikian rupa kerana aku pasti Allah menyayangi aku dengan menguji aku dgn pelbagai-bagai dugaan. kadang-kadang aku rasa seperti aku kebal dan sudah lali dgn dugaanNya. namun ada juga pada suatu ketika aku rasa seperti ingin rebah kerana tidak kuat untuk mengharungi dugaanNya itu... sampai satu tahap yang lain aku rasakan dugaan itu sungguh mematangkan aku... pada satu dimensi aku merasa sedih dengan apa yg menimpa aku, dari sisi yg lain pula aku bersyukur kerana aku masih mempunyai org-org disekeliling aku yg masih menyayangi aku, menyokong aku dan mengambil berat terhadap diri aku. perasaan kecewa, hampa, terluka, terhina, tertipu, dipermainkan, semuanya akan aku telan menjadi azimat dan pengalaman yg mematangkan diri aku untuk menempuh hari mendatang dengan lebih tabah. aku harap selepas hari ini aku akan lebih cekal, lebih bersifat terbuka dan lebih berfikiran rasional apabila menghadapi sesuatu yg menimpa. apabila diri ini terasa seakan-akan lemah, lesu, tidak berdaya dan longlai, aku mula membayangkan bahawa aku masih beruntung kerana tidak bersendirian.... mempunyai insan lain yg setia, yg sentiasa bersama ketika aku susah dan senang, tidak pernah meninggalkan aku ketika aku terkapai-kapai dilambung ombak dan ujian getir dalam kehidupanku. terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada insan-insan yg sentiasa menjadi tulang belakang aku selama ini. aku hanya mahu pandang ke hadapan, masih banyak perkara dan cabaran yg menanti untuk aku tempuhi.terima kasih semua kerana sentiasa menyokong diri ini...

p/s : aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah buat sahabatku Auliya di atas pemergian ayahandanya pagi semalam. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman... Setiap yg hidup, pasti akan kembali padaNya...

Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment