Saturday, February 26, 2011

..:: AiS KrIm DrPd SuSu IbU AvAiLaBLe n0w!!! ::..

Ais krim yg comel (*_*)
AIS KRIM, AIS KRIM, AIS KRIM... mari beli, mari rasa, mari cuba....Gulppp... Terkedu sebentar bila aku baca sekarang ni kat London da ade jual ais krim yg terdiri drpd pelbagai jenis yg mengandungi campuran susu ibu yang betul-betul asli... terbaik dari ladang seyhhh... Sumber daripada website Parentdish, ade sorang ibu bernama Victoria Hiley berumur dalam lingkungan 35 tahun berasal dari Leeds di utara England telah menderma SATU LITER susu perahan beliau sendiri kepada Icecreamist parlor untuk hidangan yg dinamakan Baby Gaga... agagagagagaga.... Dalam satu temubual dengan Fox News, Victoria ada menyebut bahawa menjual susu badannya tidak mendatangkan sebarang mudarat jika ia nya digunakan untuk mendapatkan duit 'extra'.... Selain itu, beliau juga ada membuat iklan dalam website Mumsnet untuk iklankan susu badannya yg akan dijual kepada beberapa supplier susu yang berminat... Kata nya lagi, susu badan ibu lebih semula jadi dan ape lagi yg lebih natural daripada ais krim yg mengandungi susu ibu jika dibandingkan dengan kesegaran semata-mata? 


Hasil daripada jualannya itu, sekarang ni ada new parlor yang sanggup bayar 15 pounds = RM73.69 = 24 dollars untuk setiap 10 ounces susu badan Victoria ni (1 ounces = 28.35gram ... 10 x 28.35 = 283.50 grams)... Tambahan lak sekarang ni the new parlor tu da dapat banyak stok susu ibu drpd 15 ibu-ibu yg bermurah hati menyumbangkan susu badan mereka untuk dijual... Tapi dorg ni bukan leh sesuka hati je derma susu badan dorg pada parlor tu... ibu-ibu ni sume perlu pergi wat medical check-up untuk check dorg punya tahap kesihatan dan juga check darah dorg ni... ni sume peraturan yg di praktikkan oleh UK's National Health Service...  







Meh kita baca lak komen-komen daripada pengusaha ais krim susu ibu dan juga reaksi org ramai tentang ais krim ni.. Salah seorang pengusaha ais krim susu ibu yg menamakan kedai nya sebagai Icecreamists, beliau memberitahu kedai nya membuat ais krim yg dicampurkan dengan susu ibu dan juga lengai (pods) Madagascan vanilla dan juga perasa lemon... Yummy...Yummy.... Mamat ni gak beria-ia cakap takde sape kat dunia ni yang pernah buat ais krim yg mcm dia usahakan ni sejak seratus tahun kebelakangan ini... bangga gile mamat ni tau... Muka dia berseri-seri je bila buat kenyataan camtu.... tapi ade jugak sesetengah orang yg dengar je ais krim dr susu badan ibu terus bagi reaksi 'Yucksssssss.... euwwww, wadehel is that? are u crazy old man?'... apepun, susu ibu mmg la pure, organic, natural tapi perlukah dikomerSIALkan sebegitu rupa? Semuanya sebab duit.... Sebab duit sanggup buat apa saja... Adakah rasa nya sama hebat dgn Baskin Robbins? takpun dengan ais krim Magnum? mat kool, mat kool kawanku? hehehe... adakah ia nya sama? Aku pun tak tau... Jarang sangat aku makan ais krim... So, ape pendapat korang lak? Ade keinginan nak try ais krim yg mengandungi susu badan ibu ke? Ade bran??? ahakssss.... tepuk pipi, tanya hati, Okai?
Renung-renungkan....


No comments:

Post a Comment