Monday, February 7, 2011

..:: Suka suki kehidupan ::..

Salam semua... ape kabo? Lei hou ma? How r u? Hope semua dlm keadaan sihat walafiat, tak kira dari segi tubuh badan, dalam badan, minda, hati, limpa, jantung, buah pinggang, perut dan yang sama waktu dengannya... ahaksss.... Diharap kita semua masih berada di tahap kewarasan yg membolehkan kita sentiasa bersikap rasional, bertindak secara produktif, proaktif dan kreatif... Perghhh.... Apakah yg bermain di fikiranku pd ketika dan saat ini... Ahha... Ketika ini Malaysia masih boleh di anggap antara negara yang aman & makmur kerana rakyatnya yg berbilang-bilang kaum & dr perlbagai latar belakang agama serta budaya masih boleh merayakan sambutan Tahun Baru Cina dgn begitu meriah sekali... Ini jelas terbukti dgn gambar-gambar serta berita yg dipaparkan di dada-dada akhbar nasional dan juga tabloid di negara kita. Gambar-gambar membuat lo sang pada yee sang dipilih menjadi antara muka hadapan pd sesetengah dada akhbar. Sememangnya sangat jauh bezanya situasi kita di sini jika dibandingkan dgn gejolak ataupun krisis yg melanda bumi Mesir pd ketika ini... Rusuhan dan demonstrasi penunjuk perasaan di antara pro kerajaan dengan anti kerajaan menjadi liputan terhangat, berita panas, mencemaskan, mendebarkan dan membimbangkan seluruh dunia... Ini jelas menunjukkan bahawa pucuk kepimpinan seseorg pemimpin itu tidak layak lagi untuk menggalas tanggungjwb sbg seorg pemimpin memandangkan rakyatnya sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan yg dipimpin sekian lama. Mesir boleh dikategorikan sbg salah satu negara yg kaya dgn artifak-artifak bersejarah, menjadi tarikan pelancong seluruh dunia yg ingin mengetahui mengenai sejarah dan tamadun negara itu especially mengenai piramid dan ketamadunan Islam di negara itu. Kepimpinan presiden Hosni Mubarak dipertikaikan, dipersoalkan, dan menjadi isu serta punca utama terjadinya demonstrasi yg telah mengorbankan beratus-ratus nyawa pd ketika ini.






Walaupun aku hny mengikuti perkembangan yg berlaku di Mesir hny dgn berpandukan informasi yg disiarkan di dlm berita di kaca tv, internet, serta surat-surat khabar tempatan, terdetik seketika di benakku untuk mengupas isu ttg krisis yg melanda Mesir ketika ini... Seperti yg aku katakan di atas, demonstrasi yg diadakan sungguh dahsyat kerana ia melibatkan nyawa manusia, meragut byk nyawa. Kekecohan yg ditimbulkan oleh golongan penunjuk perasaan terbabit adalah untuk mendesak Presiden mereka supaya meletakkan jawatan dgn segera drpd jawatan yg disandangnya. Presiden yg di anggap sekutu kuat Amerika itu dilihat mengambil masa yg lama utk melengah-lengahkan tempoh utk meletakkan jawatan walaupun beliau telah pun menyatakan kesediaan utk berbuat demikian. Namun helahnya itu hanya membuatkan keadaan menjadi bertambah tegang. Sistem pentadbiran, sistem perbankan, sistem pendidikan semuanya lumpuh dan terhenti utk tempoh yg belum boleh dijangka. Bekalan makanan sukar diperoleh, rakyat hidup dalam ketakutan dan terancam pd setiap masa dan ketika tambahan pula dgn banduan-banduan yg bebas berkeliaran selepas penjara dirobohkan. Kejadian rompakan dan kecurian berleluasa pd sebelah mlm tatkala perintah berkurung dikuatkuasakan oleh kerajaan. Tiada jaminan keselamatan mampu ditawarkan dengan keadaan yg kacau bilau dinegara tersebut. Yang ada hanyalah kegusaran, ketakutan, dan kebimbangan saja. Kita yg hanya sekadar mengikuti perkembangan tersebut pun sudah dpt menggambarkan kesengsaraan  yg dialami oleh mereka yg berada di Mesir, apatah lg yg merasai nya sendiri... Apa yg dpt disimpulkan di sini ialah kesengsaraan dan kehancuran menjadi intipati utama jika kerajaan menjadi lumpuh akibat demonstrasi besar-besaran yg dilancarkan oleh penunjuk perasaan. Alangkah hebatnya kuasa penunjuk-penunjuk perasaan ini sehingga boleh melumpuhkan sesebuah negara. Jaminan untuk tidak bertanding pd penggal akan datang langsung tidak memadai untuk mengembalikan keamanan negara. Sama-samalah kita berdoa untuk warga Muslim yg sedang menempuh tempoh sukar di sana. Semoga warga Malaysia yg kini berada di Jeddah juga selamat pulang ke tanah air.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur kerana kita hny di uji dgn bencana alam seperti banjir yg melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini. Ia hanyalah dugaan kecil untuk dijadikan peringatan kepada dugaan yg lebih besar dan mencabar seperti yg ditempuhi oleh negara-negara lain seperti di Mesir, Palestin dsb. Moga hari ini juga menjadi hari ataupun titik tolak kpd kehidupan yg lebih tenang, bahagia, dan aman kpd kita semua. Peace no war & warrior... Ahaksss...

No comments:

Post a Comment