Saturday, February 12, 2011

..:: LeLakI & wAnItA ::..

Salam semua... Hehu... rasa mcm da lame pulak aku tak update post kat blog ni... maklum lah busy je memanjang... Topik yg aku nak kupas & kopek pagi ni lebih santai dan idea nya tetibe dtg bila aku asyik layan carta lagu-lagu lama kat Sinar.fm... Lelaki dan wanita, dua jantina yg berbeza, makhluk yg diciptakan untuk saling melengkapi di antara satu sama lain... Hawa diciptakan untuk melengkapkan hidup Nabi Adam... Sudah semestinya kita memerlukan pasangan dlm kehidupan, lelaki memerlukan wanita, dan wanita juga memerlukan lelaki untuk saling menyayangi, menyokong di antara satu sama lain, melayari susah senang kehidupan bersama-sama... terlalu banyak perumpamaan yg aku pernah baca tentang lelaki dan wanita yg menjadi strength indicator bhw kita saling memerlukan antara satu sama lain... contoh yg aku boleh bagi mcm kat bwh ni :
suara tepukan tidak akan terdengar dari tangan yg bertepuk sebelah tangan


Lelaki dan Wanita


Kewujudan lelaki dan wanita juga selalu di ibaratkan sebagai langit dan bumi... Langit di andaikan sebagai lelaki dan wanita pula di andaikan sebagai Bumi... Bumi akan menerima apa sahaja yg diturunkan Langit ke ribaannya dan rahimnya... Jika Bumi kurang suhu kepanasannya, Langit akan mengirim kan panas dan jika Bumi kurang segar, Langit akan menyegarkan Bumi yg lembap... Langit berputar mengikut sumbunya, seperti suami yang mencari nafkah untuk isterinya... Perumpamaan Langit dan Bumi ni tak ubah seperti bakat dan kepandaian... Memerlukan antara satu sama lain untuk terus hidup... Lelaki dan wanita juga ibarat siang dan malam... Siang dan malam saling bertentangan, betul tak? Tapi kedua-duanya mempunyai tujuan yg sama, mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain... Masing-masing saling mencinta untuk mencapai kesempurnaan, saling memerlukan agar kesempurnaan dapat di capai... Tanpa malam, hidup manusia tak akan membuahkan hasil, asyik tido je, asyik bergelap tanpa disinari sinar mentari, suram, tak dapat vitamin yg dikeluarkan matahari, lesu je hidup... Kalau takde siang lak, kita asyik bekerja tanpa istirehat, asyik pergi kuliah tanpa henti sbb asyik siang je kan, bile mase nak balik bilik tido :p asyik kepanasan saja (kalau cuaca panas ler), kesimpulannya, siang dan malam saling memerlukan, seperti lelaki dan wanita diciptakan untuk melengkapi satu sama lain... jangan tunggang terbalik kan fitrah, lelaki dengan lelaki (gay), wanita dengan wanita (lesbian)... Aku rasa sampai sini dulu kot sbb da kesuntukan masa ni. ahaksss... Sebelum aku bersiap pergi library, aku nak kongsi ape yg aku baca td time belek-belek forum pasal riwayat lelaki dan wanita kalau tak jaga kesihatan. Hehe... Renung-renungkan lah erk...

Riwayat Hidup Lelaki yg tak jaga kesihatan :
1] Umur 20-30 tahun : Bayangan Hidup
2] Umur 30-40 tahun : Pandangan Hidup
3] Umur 40-50 tahun : Pegangan Hidup
4] Umur 50-60 tahun : Bantuan Hidup
5] Umur 60++ tahun : Tak Hidup-hidup 

Wanita yg tak jaga kesihatan lak macam kat bawah ni :

1] Umur 20-30 tahun : Mengancam
2] Umur 30-40 tahun : Macam-Macam 
3] Umur 40-50 tahun : Terancam 
4] Umur 50-60 tahun : Di Ancam 
5] Umur 60++  tahun : Dah Tak Cam...



Jumpa di lain lembaran ya... tata, titi, totot.. Salam (n_n)



No comments:

Post a Comment