Saturday, February 26, 2011

..:: AiS KrIm DrPd SuSu IbU AvAiLaBLe n0w!!! ::..

Ais krim yg comel (*_*)
AIS KRIM, AIS KRIM, AIS KRIM... mari beli, mari rasa, mari cuba....Gulppp... Terkedu sebentar bila aku baca sekarang ni kat London da ade jual ais krim yg terdiri drpd pelbagai jenis yg mengandungi campuran susu ibu yang betul-betul asli... terbaik dari ladang seyhhh... Sumber daripada website Parentdish, ade sorang ibu bernama Victoria Hiley berumur dalam lingkungan 35 tahun berasal dari Leeds di utara England telah menderma SATU LITER susu perahan beliau sendiri kepada Icecreamist parlor untuk hidangan yg dinamakan Baby Gaga... agagagagagaga.... Dalam satu temubual dengan Fox News, Victoria ada menyebut bahawa menjual susu badannya tidak mendatangkan sebarang mudarat jika ia nya digunakan untuk mendapatkan duit 'extra'.... Selain itu, beliau juga ada membuat iklan dalam website Mumsnet untuk iklankan susu badannya yg akan dijual kepada beberapa supplier susu yang berminat... Kata nya lagi, susu badan ibu lebih semula jadi dan ape lagi yg lebih natural daripada ais krim yg mengandungi susu ibu jika dibandingkan dengan kesegaran semata-mata? 


Hasil daripada jualannya itu, sekarang ni ada new parlor yang sanggup bayar 15 pounds = RM73.69 = 24 dollars untuk setiap 10 ounces susu badan Victoria ni (1 ounces = 28.35gram ... 10 x 28.35 = 283.50 grams)... Tambahan lak sekarang ni the new parlor tu da dapat banyak stok susu ibu drpd 15 ibu-ibu yg bermurah hati menyumbangkan susu badan mereka untuk dijual... Tapi dorg ni bukan leh sesuka hati je derma susu badan dorg pada parlor tu... ibu-ibu ni sume perlu pergi wat medical check-up untuk check dorg punya tahap kesihatan dan juga check darah dorg ni... ni sume peraturan yg di praktikkan oleh UK's National Health Service...  







Meh kita baca lak komen-komen daripada pengusaha ais krim susu ibu dan juga reaksi org ramai tentang ais krim ni.. Salah seorang pengusaha ais krim susu ibu yg menamakan kedai nya sebagai Icecreamists, beliau memberitahu kedai nya membuat ais krim yg dicampurkan dengan susu ibu dan juga lengai (pods) Madagascan vanilla dan juga perasa lemon... Yummy...Yummy.... Mamat ni gak beria-ia cakap takde sape kat dunia ni yang pernah buat ais krim yg mcm dia usahakan ni sejak seratus tahun kebelakangan ini... bangga gile mamat ni tau... Muka dia berseri-seri je bila buat kenyataan camtu.... tapi ade jugak sesetengah orang yg dengar je ais krim dr susu badan ibu terus bagi reaksi 'Yucksssssss.... euwwww, wadehel is that? are u crazy old man?'... apepun, susu ibu mmg la pure, organic, natural tapi perlukah dikomerSIALkan sebegitu rupa? Semuanya sebab duit.... Sebab duit sanggup buat apa saja... Adakah rasa nya sama hebat dgn Baskin Robbins? takpun dengan ais krim Magnum? mat kool, mat kool kawanku? hehehe... adakah ia nya sama? Aku pun tak tau... Jarang sangat aku makan ais krim... So, ape pendapat korang lak? Ade keinginan nak try ais krim yg mengandungi susu badan ibu ke? Ade bran??? ahakssss.... tepuk pipi, tanya hati, Okai?
Renung-renungkan....


..:: Final year Law Students of IIUM Photoshoot ::..

Salam... Pagi 26th Februari 2011 merupakan hari yang paling happening bagi aku dan kawan-kawan... Mane tak nya, seawal pukul 7 pagi kitorang da berdiri pacak kat main stairs UIA utk sesi fotografi untuk batch 2007... ahaksss... mmg best la dapat berkumpul ramai-ramai mcm ni. walaupun pd hakkatnya jadual kitorg pack sgt dgn pelbagai assignment, project paper, test yang terpaksa kitorg tempuhi dan hadapi this week, next week dan week yg seterusnya until our last final exam paper on 14th April... hehu... kat bawah ni aku selitkan beberapa gambar yg sempat di ambil time photoshoot...
















Wednesday, February 23, 2011

..:: yesss!!! aku kembali ::..

 
purpose of law - to uphold justice & fairness
Salam... ahaksss... rasa cam lame lak aku tak update blog aku ni... maklum saja lah minggu ni, minggu depan, minggu lg satu, dan minggu2x seterus nya aku akan bertambah bz dgn mcm2x test, dgn drafting lg, project paper lg, advocacy skills lg... pendek kata, mmg aku akan bz sepanjang februari & mac ni... hujung bulan mac da start final exam... berdebor teman dibuatnye... hari ni hari yang mendebarkan... sbb ape? sbb aku ade hearing utk civil procedure subject jap lg... aku byk belajar gradually ttg procedure bile aku sendiri yg prepare everything... start dgn SIC, then dgn AIS  dan seterusnya AIR. kena siapkan semua exhibit-exhibit yg aku nak tender kat court... the most important thing is that, aku kena digest, know inside out about my case... sebab aku ni jadi counsel for plaintiff, jadi nya aku la yg kena wat opening speech bile hearing tu... kena pastikan sume exhibits kena tag...






-----------------after hearing in Court-------------------------


Alhamdulillah... aku menang!!! lalalalalala.... aku rasa inilah hikmahnya bila kita terpaksa hadapi semuanya dan lakukan most of the work sendirian... di kala aku yg bz menyiapkan pleadings, tak sempat nak amalkan konsep 'practice, practice & practics', aku bersyukur sangat sbb aku sudah melepasi tahap ni. Bila aku dgr je 'application is granted", huhu, hepi gile rase... skg ni aku masih lg belajar, aku tak dapat nak bayangkan kalau lawyer yg menang byk kes tu, mesti kemenangan tu akan jd pembakar semangat untuk dorg lebih maju & berjaya. ekceli, bukan menang atau kalah persoalannya, yg penting kita dapat belajar sumthing selepas kita tempuhi hearing tu... mcm aku, aku selalu je ckp word 'ya @ yeah' dlm court... hearing td pun 14 kali aku guna word tu. tp lps tu aku guna 'indeed, Yang Arif'... at least aku tau tu mmg silap aku pun... yang penting semuanya berjalan lancar walaupun pd mula nya kena tegur & judge mengamuk sbb aku dan dua lg counsel for defendant lambat dtg court sbb x jumpa court tu... seb bek kes tak kena struck out... thanksss Madam!!! apapun, byk lg kerja menanti aku lps ni... ahaksss... hadapinya dengan tabah, Hawa (^_^)... kepada kawan-kawan, marilah kita sama-sama berjuang!!! hehehe...

Thursday, February 17, 2011

..:: kUrUs ChUbBy, ChUbBy kUrUs::..



Sekadar hiasan
Salam... Hi everybody! ahaksss... aku baru saja update sikit-sikit psl blog aku td... tetibe tergerak hati nak update new post kat blog ni... Topik yg tetibe terlintas kat kepala aku kali ni pasal manusia dan tubuh badan... Macam-macam ragam manusia skg ni... Yang kurus, nak jd lg kurus, tak puas hati dgn kekurusan yg ade pd diri sendiri... still merasakan badan tu gemuk... golongan ni boleh diklasifikasikan sbg penghidap aneroxia... selalu je rasa gemuk, badan tak lawa, tertekan bila tgk bdn sendiri kat cermin, padahal badan da ok da tu... da ideal, tp dgn diet yg melampau, perghhhh.... da mcm mayat hidup aku tgk... lagi satu golongan lak, golongan yg berisi, nak sangat -sangat kuruskan badan... tapi tu tak heran sangat la sbb kalau kurangkan berat badan yg  berlebih-lebihan tu kan elok untuk kesihatan... at least, x kena obesiti atau kencing manis... kalau berat bdn yg berlebihan ni boleh mendatangkan byk kemudaratan pd diri kita sendiri, byk penyakit yg boleh kita dapat, betul tak? Justeru itu (ahaksss, sjk bila aku guna ayat cmni), jaga pemakanan, amalkan diet yg sihat dgn pengawasan serta nasihat drpd yg pakar,ok... Dibawah ni aku selitkan gambar-gambar contoh manusia yg da kurus tp nak kurus lagi, dan juga golongan manusia yg berisi tapi berjaya menurunkan berat badan ke tahap ideal... Ayuh, kita cuci-cuci mata seketika...

Aizat ketika berisi

Aizat selepas berjaya menurunkan berat badannya

Bunga Citra Lestari sebelum pregnant

Bunga Citra Lestari selepas melahirkan baby

Amy Winehouse ketika kurus

Amy Winehouse berjaya menaikkan berat badannya 

Kelly Clarkson ketika kurus dan selepas berisi

Angie kelihatan kurus

Cuba lihat kaki saya - Angie

Actress yg mengamalkan diet yg salah

Ashley Cole 

Ashley Cole

Cuba lihat otot sy... takut tak? -Madonna

Megan Fox ketika berat badannya normal

Megan Fox setelah mengamalkan diet yg 'sihat'

Salah seorg penyanyi Girls Aloud. Foto sebelah kiri foto terkini. Foto Sebelah kanan foto dahulu


Nicole Scherzinger

Ex-hubby Britney Spears lepas bercerai... Kevin Federline

Nicole Richie dan sahabat baiknya LiLo


Kesimpulannya di sini,  apa yg paling utama, jgn memudaratkan diri sendiri dan sentiasa menghargai setiap apa yg telah Allah anugerahkan kepada diri kita... Setiap org punya kelebihan dan kekurangan masing-masing... so, jgn selalu merasa rendah diri malah seharusnya bersyukur dgn setiap kurniaanNya... Renung2x kan ya... Jumpa di lain lembaran... Salam...

Monday, February 14, 2011

..:: Lagu yg terngiang-ngiang di kepala ketika ini ::..




I don't tell anyone about the way you hold my hand
I don't tell anyone about the things that we have planned
I won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to push me down
They want to see you fall (down)
Won't tell anybody how you turn my world around

I won't tell anyone how your voice is my favourite sound

Won't tell anybody

Won't tell anybody
They want to see us fall
They want to see us fall (down)

I don't need a parachute

Baby, if I've got you

Baby, if I've got you

I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

Don't believe the things you tell yourself so late night and

You are your own worst enemy

You'll never win the fight

Just hold on to me
I'll hold on to you
It's you and me up against the world
It's you and me

I don't need a parachute

Baby, if I've got you

Baby, if I've got you

I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I won't fall out of love

I won't fall out of,

I won't fall out of love

I won't fall out of,

I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I'll fall into you



..:: Lumrah kehidupan, semoga tabah menempuh hari mendatang ::..

hari ni hari yg paling banyak menduga aku... pabila terlalu byk perkara yg menduga kita, sampai suatu saat kita sendiri pun da tak tau perasaan kita bagaimana. kadang-kadang perasaan bercampur baur, rasa sedih, gembira, tenang, kecewa, tertekan... adakah aku selalu mengharapkan yg terbaik utk diri aku tanpa memikirkan org lain? aku di uji sedemikian rupa kerana aku pasti Allah menyayangi aku dengan menguji aku dgn pelbagai-bagai dugaan. kadang-kadang aku rasa seperti aku kebal dan sudah lali dgn dugaanNya. namun ada juga pada suatu ketika aku rasa seperti ingin rebah kerana tidak kuat untuk mengharungi dugaanNya itu... sampai satu tahap yang lain aku rasakan dugaan itu sungguh mematangkan aku... pada satu dimensi aku merasa sedih dengan apa yg menimpa aku, dari sisi yg lain pula aku bersyukur kerana aku masih mempunyai org-org disekeliling aku yg masih menyayangi aku, menyokong aku dan mengambil berat terhadap diri aku. perasaan kecewa, hampa, terluka, terhina, tertipu, dipermainkan, semuanya akan aku telan menjadi azimat dan pengalaman yg mematangkan diri aku untuk menempuh hari mendatang dengan lebih tabah. aku harap selepas hari ini aku akan lebih cekal, lebih bersifat terbuka dan lebih berfikiran rasional apabila menghadapi sesuatu yg menimpa. apabila diri ini terasa seakan-akan lemah, lesu, tidak berdaya dan longlai, aku mula membayangkan bahawa aku masih beruntung kerana tidak bersendirian.... mempunyai insan lain yg setia, yg sentiasa bersama ketika aku susah dan senang, tidak pernah meninggalkan aku ketika aku terkapai-kapai dilambung ombak dan ujian getir dalam kehidupanku. terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada insan-insan yg sentiasa menjadi tulang belakang aku selama ini. aku hanya mahu pandang ke hadapan, masih banyak perkara dan cabaran yg menanti untuk aku tempuhi.terima kasih semua kerana sentiasa menyokong diri ini...

p/s : aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah buat sahabatku Auliya di atas pemergian ayahandanya pagi semalam. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman... Setiap yg hidup, pasti akan kembali padaNya...

Al-Fatihah....

Saturday, February 12, 2011

..:: Ayat-ayat ketika baru bercinta ::..

Baca dari atas ke bawah.



Teruna : akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.

Dara : apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: tentu tidak! jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara : apakah kau mencintaiku?

Teruna : tentu! selamanya akan tetap begitu!

Dara : apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : tidak! aku tidak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara : mahukah kau menciumku?


Teruna : ya!

Dara : Sayangku....




Selepas 15 tahun berkahwin.


Baca dari bawah ke atas...


*sekadar hiburan... hehu!*

..:: LeLakI & wAnItA ::..

Salam semua... Hehu... rasa mcm da lame pulak aku tak update post kat blog ni... maklum lah busy je memanjang... Topik yg aku nak kupas & kopek pagi ni lebih santai dan idea nya tetibe dtg bila aku asyik layan carta lagu-lagu lama kat Sinar.fm... Lelaki dan wanita, dua jantina yg berbeza, makhluk yg diciptakan untuk saling melengkapi di antara satu sama lain... Hawa diciptakan untuk melengkapkan hidup Nabi Adam... Sudah semestinya kita memerlukan pasangan dlm kehidupan, lelaki memerlukan wanita, dan wanita juga memerlukan lelaki untuk saling menyayangi, menyokong di antara satu sama lain, melayari susah senang kehidupan bersama-sama... terlalu banyak perumpamaan yg aku pernah baca tentang lelaki dan wanita yg menjadi strength indicator bhw kita saling memerlukan antara satu sama lain... contoh yg aku boleh bagi mcm kat bwh ni :
suara tepukan tidak akan terdengar dari tangan yg bertepuk sebelah tangan


Lelaki dan Wanita


Kewujudan lelaki dan wanita juga selalu di ibaratkan sebagai langit dan bumi... Langit di andaikan sebagai lelaki dan wanita pula di andaikan sebagai Bumi... Bumi akan menerima apa sahaja yg diturunkan Langit ke ribaannya dan rahimnya... Jika Bumi kurang suhu kepanasannya, Langit akan mengirim kan panas dan jika Bumi kurang segar, Langit akan menyegarkan Bumi yg lembap... Langit berputar mengikut sumbunya, seperti suami yang mencari nafkah untuk isterinya... Perumpamaan Langit dan Bumi ni tak ubah seperti bakat dan kepandaian... Memerlukan antara satu sama lain untuk terus hidup... Lelaki dan wanita juga ibarat siang dan malam... Siang dan malam saling bertentangan, betul tak? Tapi kedua-duanya mempunyai tujuan yg sama, mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain... Masing-masing saling mencinta untuk mencapai kesempurnaan, saling memerlukan agar kesempurnaan dapat di capai... Tanpa malam, hidup manusia tak akan membuahkan hasil, asyik tido je, asyik bergelap tanpa disinari sinar mentari, suram, tak dapat vitamin yg dikeluarkan matahari, lesu je hidup... Kalau takde siang lak, kita asyik bekerja tanpa istirehat, asyik pergi kuliah tanpa henti sbb asyik siang je kan, bile mase nak balik bilik tido :p asyik kepanasan saja (kalau cuaca panas ler), kesimpulannya, siang dan malam saling memerlukan, seperti lelaki dan wanita diciptakan untuk melengkapi satu sama lain... jangan tunggang terbalik kan fitrah, lelaki dengan lelaki (gay), wanita dengan wanita (lesbian)... Aku rasa sampai sini dulu kot sbb da kesuntukan masa ni. ahaksss... Sebelum aku bersiap pergi library, aku nak kongsi ape yg aku baca td time belek-belek forum pasal riwayat lelaki dan wanita kalau tak jaga kesihatan. Hehe... Renung-renungkan lah erk...

Riwayat Hidup Lelaki yg tak jaga kesihatan :
1] Umur 20-30 tahun : Bayangan Hidup
2] Umur 30-40 tahun : Pandangan Hidup
3] Umur 40-50 tahun : Pegangan Hidup
4] Umur 50-60 tahun : Bantuan Hidup
5] Umur 60++ tahun : Tak Hidup-hidup 

Wanita yg tak jaga kesihatan lak macam kat bawah ni :

1] Umur 20-30 tahun : Mengancam
2] Umur 30-40 tahun : Macam-Macam 
3] Umur 40-50 tahun : Terancam 
4] Umur 50-60 tahun : Di Ancam 
5] Umur 60++  tahun : Dah Tak Cam...



Jumpa di lain lembaran ya... tata, titi, totot.. Salam (n_n)



Wednesday, February 9, 2011

..:: BeiNg uNiQuE Is mY aTtItUdE!!! ::..

Kita serupa, kita semua sama, tiada beza, berasal dari spesis yg sama... Ape yg membezakan kita antara satu dgn yg lain ialah nilai-nilai dan karakter yg terdapat pada diri kita. Nilai-nilai, ciri-ciri, sifat-sifat serta karakter itulah yg membuatkan kita manjadi lain daripada yg lain, dan seterusnya boleh diklasifikasikan sebagai seorg yg UNIK... perlukah unik dan pelik diletakkan dibawah kategori yg sama? tak juga... menjadi seorg yg unik ni memerlukan kita bereksperimentasi dgn diri kita sendiri. hanya kita yg mampu mencungkil keunikan diri atau pun menggilap keunikan tersebut supaya kita nampak lain drpd yg lain... means that ada sumthing new yg terdapat pada kita tp tidak pd yg lain. menjadi unik ni bg aku penting sbb ia lebih bersifat original, kita tak terlalu ikut dgn apa yg org lain lakukan atau fikirkan... kalau takdelah ciri-ciri unik tu, mmg byk la persamaan yg dilihat sgt tipikal pd sesetengah org... contoh yg aku boleh bagi, kalau kat U ni, kita leh tgk mesti ade yg asyik lingering atau hanging around dlm kelompok tu saja... Katalah ade satu group nama ESTOPICA (nama samaran...ahakksss)... drp first year sampai final year asyik dgn group tu saja, group member x berubah, kalau pg memane mmg da dpt cam da tu dr group estopica... hehu! bila asyik stick dgn satu group saja smpai tak bergaul dgn students lain, mmg susah la kan? kalau bercampur gaul dgn sume kelompok students, kita dpt idea-idea yg baru, kita leh bertukar-tukar pandangan dan pendapat, mentaliti kita pun akn berubah dengan perkara-perkara baru yg kadangkala tak pernah pun kita terfikir... susah nak jd sumbody yg unik jika kita terikat dgn group estopica mcm kat ats td tu... 


Pd pendapat aku la kan, bila kita unik dr segi attitude, ade our own KPI (key performance indicators), mentaliti kita berbeza dr yg lain, effort kita lebih, sentiasa mencabar diri sendiri dlm mengatasi sesuatu, kita akn lebih mudah untuk melangkah jauh dlm kehidupan. Sume org tentu taknak dibandingkan dgn org lain kan? kalau asyik dibandingkan saja tentu la lame-lame kita akn down & naik tension jugak kan? mula-mula mmg rase tercabar tp lame-lame? hny kita saja yg tahu... being different from others ni juga kadang-kadang menjadi salah satu aspek dlm pemilihan yg dibuat oleh sesetengah majikan... Lecturer aku selalu cakap, yg membeza kan kita dgn org lain ialah attitude kita, keyakinan diri, our determination etc. Kalau kita lihat pd setiap kejadian Tuhan di muka bumi ni pun semua nya unik... contoh terdekat, otak kita sendiri... sangat rumit dan kompleks dr segi struktur, sel-sel, dan bahagian-bahagian yg terdapat dlm otak seperti yg aku belek dlm buku anatomi manusia... Bagaimana kejadian matahari, bulan dan bintang yg sudah berjuta-juta tahun itu wujud, planet yg mempunyai paksi nya sendiri, sume tu unik dan tiada siapa di dunia ini yg mampu mencipta apa yg telahpun dicipta olehNya... apa yg kita boleh lakukan adalah dgn discover setiap keindahan dan keunikan kejadian-kejadian tersebut... 

Menjadi seseorg yg unik tidak semestinya akan menjadikan kita seorg yg pelik... bukan pelik seperti alien workshop ataupun pelik seperti Lady Gaga yg femes dgn kepelikan dr segi costum & fashion... Pelik ni mcm nilai-nilai eksotik yg jarang ada pd manusia biasa... mcm cite no ordinary family yg x bape nk logic tu... ahha... contoh kepelikan yg wujud di alam semesta ini macam nk cipta rekod sapa simpan kuku plg panjang kt dunia la, sape dpt makan hotdog paling byk dlm mase seminit la, sape dpt telan kayu pastu keluarkan balik la, sape dapat tarik kapal terbang guna bulu hidung lah...blablabla... ape motif nya buat perkara-perkara pelik tu sume? ape manfaat nya? ape  alasan nya? wuts the reason? aku pun kdg2x x faham dgn manusia yg pelik ini... Kalau unik dr segi karakter, cara pembawaan diri, cara bagi speech ke, cara berfikir ke, takpelah jugak... ni wat benda-benda pelik sbb nk cipta rekod, nk femes, nk masuk dlm tabloid, nk kan publisiti dan perhatian org... mungkin dorg ni ade dorg pny own target and determination in life. aku pernah tgk dlm ripley's believe it or not tu sampaikan ade manusia yg nak ubah diri dia jd kucing... nak sangat jd kucing smpai wat plastic surgery sana sini tambah lak dgn tatu bersepah-sepah kat muka & bdn semata-mata nak jd kucing jadi-jadian... tulah dia nama nya insan yg tak bersyukur... Tuhan jadikan kita sebagai makhluk ciptaanNya yg terbaik... Ini jelas seperti yg disebut dlm Surah At-Tin iaitu surah ke 95 pada ayat yg ke 4... terjemahan ayat tersebut adalah seperti, " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". Kita adalah makhluk terbaik yg diciptakan di atas muka bumi ini... Jadi, berfikirlah secara rasional dan amik kira sume dimensi sebelum membuat sesuatu ya! mau jadi unik atau pelik, itu terpulang kepada setiap individu... Tepuk dada, tanya selera,OK! Jumpa dilain lembaran... Salam...

..:: KeLUaRgA baHaGiA + HiDuP bAhAgIa = MaKaN sUaP-mEnYuAp ::..

Salam buat semua... Harap sume nya sihat-sihat belaka erh... Lambat pulak aku update new post ari ni... Maklum lah, seharian suntuk aku bz dgn kuliah, dgn dua discussion petang & malam, lps tu kena attend talk dr Senior Assistant Registrar (High Court)  lg... Bg talk sampai kul 10.30mlm... haisshhhh... sape yg boleh focus meh time-time cmtu... tambah lak lps talk aku kena bergegas pg discussion EPS lg... Dgn kelaparan, keletihan, di serang gastrik tetibe, aku gagahkan diri juga attend sume discussion... Alhamdulillah, aku dpt jugak tempuhi hari ini dgn kesibukan dan kesesakan yg melanda diri dan mindaku ini... Tentu korang tertanya-tanya kan ape maksud topic post aku ari ni... topic tu tetibe muncul dlm pikiran aku ketika aku tgh menikmati nasi goreng ayam td... Ahaksss... actually topic kat atas tu tak bermaksud pape pun... adakah makan suap-menyuap antara satu sama lain akan menyebabkan hidup kita lebih bahagia dan seterusnya dapat membentuk keluarga bahagia? Maybe yes maybe no... hehehehe.... cam xde kaitan le pulak... org kate xde link or connection at all... Nak moved on la...  Ari ni aku dengar banyak cerita-cerita yg  berkaitan dengan ragam manusia yg bergelar student... Ada yang mempunyai masalah apabila bekerja secara berkumpulan... mmg susah sangat kalau takde cooperation bila nak start buat kerja kan... Then pasal org yg xpernah langsung nak pikir kan tentang perasaan dan hati org lain.... asyik pikir perut, hati, limpa, daging, dan diri sendiri je... aku rasa kebanyakan org tentu pernah merasai semua ni... terpaksa berdepan dgn kerenah manusia yg ragam nya byk mengalahkan berjuta-juta bintang di langit... pepatah ade menyebut, rambut sama hitam tp perangai lain-lain (betul ke pepatah ni?) huhu... tu je da cukup untuk tunjukkan lumrah manusia mmg memiliki pelbagai ragam dan sikap... skg ni takpe la sebab aku masih lg bergelar student, bila aku da grad kelak, lagi la aku kena bercampur dgn pelbagai lapisan dan golongan masyarakat, klien, officer, majikan lg... Perghhh... kalau sekarang ni mental aku tak kuat untuk menghadapi dugaan yg mendatang, apatah lagi bila aku da bekerja nnt ye tak? 

Tetibe lak aku teringat pengalaman aku semasa wat law attachment kat Jabatan Kehakiman Syariah dulu... Best gak mengimbau saat-saat suka dan duka ketika itu... sepanjang aku practical, macam-macam ragam dan kerenah manusia yg aku kena entertain... Tambah lak kalau time aku kena jaga kaunter kat ofis Mahkamah Rendah Syariah... Ekceli Mahkamah Rendah Syariah ni selalu deal dgn kes-kes yg melibatkan perceraian (tak kira sama ada cerai secara fasakh, ta'liq, cerai biasa, khulu'), melibatkan pengesahan lafaz cerai yg biasa nya isteri diceraikan secara sms, akibat pertengkaran, disebabkan provocation dr pihak isteri... Selain tu jugak, Mahkamah Rendah Syariah ni deal dgn kes-kes faraid, nafkah anak, pendaftaran nikah di luar negara... itu sume di bawah kategori kes-kes sivil... bagi kes-kes jenayah syariah lak, selalunya melibatkan kes-kes khalwat, berpakaian tidak sopan, berlagak seperti perempuan, kahwin di luar negara tanpa kebenaran mahkamah, lafaz cerai luar mahkamah, hamil tanpa kebenaran??? ishhhh.... yg last tu x termasuk erh... Sepanjang aku practical, mmg selalu jugak kena deal dgn clients yg panas baran, yg maki hamun mahkamah yg mulia itu, ada jugak yg menangis-nangis, ada yang lebam-lebam, yg paling aku ingat seorg perempuan malang yg diceraikan suaminya ketika dia baru shj melahirkan bayi yg berumur satu hari... perempuan tu terpaksa berjalan hampir 13kilometer ke mahkamah syariah dgn keadaan pucat, berdarah kerana baru sahaja bersalin semata-mata untuk membuat pengesahan lafaz cerai di mahkamah. kesian tul aku... bayi tu pun masih merah lg time di bawa ke mahkamah... Selama ni aku ingatkan aku je de masalah, tapi bila aku practical kat situ, dala masa satu hari tu boleh mencecah angka dlm 20 org yg datang nak bercerai dengan pelbagai alasan dan sebab musabab yg terlalu peribadi untuk dikongsikan bersama... Dengan pengalaman aku sepanjang menjalani law attachment kat jabatan kehakiman syariah dan mahkamah rendah syariah tu, aku dapat belajar macam mana nak kawal emosi, bersabar, aku dapat improve cara aku berkomunikasi dgn clients... yang penting bila kita deal dgn clients, kita mesti dgr sume cerita dorg,   bagi nasihat dan ajar mereka procedure yg perlu mereka ikuti apabila mahu berurusan dgn pihak mahkamah.... yang paling best tentulah saat aku perlu baca kertas pertuduhan atau 'charge sheet' untuk tertuduh bagi kes-kes jenayah... tentu sekali ia merupakan pengalaman yg paling berharga bagi aku. Mendengar alasan penghakiman dan mempelajari prosedur-prosedur mahkamah mmg pengalaman yg paling manis buat aku sepanjang practical. Mengenal dan mempelajari ragam dan kerenah manusia membuatkan asam garam kehidupan menjadi lebih menarik ditambah dengan rencah yg perlu di gaul sebati menjadikan ia sebagai satu kelebihan kita mengenal dan menghalusi diri seseorg itu... InsyaAllah, aku akn praktik kan bila aku da praktis nnt... Dibawah aku ade selitkan gambar aku sekeping dua time aku practical dulu... Layannnn....


Tuesday, February 8, 2011

..:: pEnInG yAnG MeMeNiNgKaN... kEpaLA Ku sEdAnG BerPuSiNg-PuSiNg ::..

Tick tock, tick tock... Cepatnya masa berlalu... Pantas seperti bullet train rasanya... Pejam celik pejam celik da masuk minggu kedua di bulan Februari... Hari Selasa yang bakal meninggalkan kita dan hari Rabu bersilih ganti pd keesokan hari... Maybe dengan kesibukan yg melanda diri aku pada ketika ini membuatkan aku tak sedar yg aku kini sudahpun berada di pertengahan semester... Bz dgn assignments la, dgn preparation for hearing lg, dgn project paper, nak wat drafting for PP lg... TEST EVIDENCE lagi this FRIDAY, presentation IBT lagi... Yessss!!! Banyak kerja yg perlu disiapkan... Inilah masanya kesabaran, ketelitian, kebolehan dan juga ketabahan dicungkil dan digilap dlm diri aku... Aku kena prioritize sume kerja supaya aku boleh manage masa aku dgn betul. I am super duper busy woman in this century, yeahhh bebeh! Ahaksss... Sempat lagi aku perahsantan dan blogging di saat genting seperti ini... Aku juz nak happy kan diri aku ni, al maklumlah sekarang ni aku tgh d0wn ckit. Lemah semangat tetibe... Balik je dr tutor siang td, aku basuh baju, sidai baju, sampai masa aku angkat baju-baju tersebut... hehe...  sementara tu aku print & compile sume notes criminal procedure, merajin-rajinkan diri aku dgn membuat drafting PP, try nak update notes EPS tapi tak menjadi sbb notes berterabur... Last-last aku luangkan masa aku dgn menatap wajah-wajah baby yg baru sahaja dilahirkan oleh kawan aku Sabtu lepas... Best gak bila tgk kawan2x aku hidup bahagia dgn family masing-masing... Aku bila lg? Gluppp, telan air liur sendiri kalau org tny soklan tu kat aku... hehe... 

Malam td aku berbual dgn auntie Khaty... auntie ni jiran aku kat Perlis time aku budak-budak dulu... tak sangka selepas 12 tahun akhirnya ketemu kembali di facebook... Mmg aku happy sesangat dapat keep in touch balik dgn beliau tambahan pula bila aku dgr beliau cite psl life beliau kat Moscow... Auntie tu ikut hubby beliau yang ditugaskan di Kedutaan Malaysia di Moscow... Beliau berkongsi pegalaman ketika berada di Moscow... Sebelum ke Moscow beliau tinggal di Pakistan... Auntie ada ajak aku pergi melawat beliau kat Moscow tu, dengan pelawaan tu tetibe aku teringin lak nak menjenguk negara orang... Aku mmg nak sangat pusing all over the world untuk timba pengalaman & belajar mengenali budaya, bahasa & kepelbagaian ragam manusia yg wujud di alam semesta ni. Aku harap impian aku ni akan tercapai juga suatu hari nnt, InsyaAllah... Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan... Hendak seribu dalih, taknak banyak pulak berdalih... Hee... No pain, no gain,aite? So, aku kena lah tingkatkan prestasi, sentiasa bermotivasi diri dan elakkan dari meninggi diri (ape lak kaitannya ntah)... Apepun, masa untuk siapkan kerja-kerja yg tengah meronta-ronta utk disiapkan... Yeahhh!!!!!




Meja study aku yg bersepah... haishhh...


bersepah lagi... hehehehe

Monday, February 7, 2011

..:: Sayang tiada bernoktah! ::..

" Sayang menyayang, saling percaya, punca kasih berpanjangaaaaannnnnnnn...o0o0o0o... Lalalalala"... Ahaksss.... cane, co0l tak aku nyanyi lagu tu? Hehe... Topik yg aku nak kopek saat ini bertemakan kasih dan sayang... Tentu korang sume sedang berkasih sayang kan skg ni? Kasih sayang ni subjektif, terlalu subjektif untuk di definisikan sama ada secara literal ataupun secara teknikal... Ada yg berkasih sayang dikalangan ahli keluarga, sesama sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga, tak pun berkasih sayang sesama Muslim... Tujuan berkasih sayang ni slh satunya untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama insan. Tanpa elemen yg sgt penting ini, maka porak peranda lah seisi rumah, bergaduh sesama sendiri, bercerai-berai, saling memusuhi, dan dengki khianat. Haishhhh... Ape yg aku perhatikan zmn skg ni ade banyak pros & cons berkasih sayang. Ada yg terlebih kasih sayang... opssss, terlebih sudah. Ahha.... Ada pula yg kekurangan kasih sayang. Terlebih kasih sayang kadang kala menjadi punca seseorg tu rosak kerana terlalu dimanjakan... Kekurangan kasih sayang pula menyebabkan seseorg itu cenderung untuk memberontak. Cuba korang tny diri korang sendiri, korang dalam golongan yg cukup atau kurang kasih sayang? 

Aku bagi situasi untuk kita sama-sama renungkan ya... Kadang kala, kita alpa bila di uji, bila menghadapi masalah ataupun kesukaran dalam kehidupan, kita akan mempunyai tendency untuk berkata bahawa kita belum cukup kuat untuk menghadapi sesuatu masalah atau kesukaran yg kadang-kadang menimpa diri tanpa di jangka... tambahan pula jika masalah itu sesuatu yg tidak pernah kita duga sama sekali. Kita akan mudah berasa tidak kuat untuk mengatasinya malah kita juga mula berasa was-was dgn kebolehan diri kita untuk mencari solusi yg terbaik bg mengatasi masalah tersebut. Tapi secara rasional nya, apabila kita berfikiran seperti itu, cuba kita letakkan diri kita dalam keadaan yg neutral, tanpa campuran asid atau alkali. Ahakksss... Maksud aku cuba kita bayangkan diri kita berada ditengah-tengah, kalau kita rasakan dugaan yg menimpa diri kita itu sgt berat, ada lagi insan lain yg lebih berat dugaan nya. Jika kita merasakan bahawa diri kita sudah berada di tahap yg memuaskan dan sedang berada di kemuncak kejayaan, ada lagi insan yg lebih berjaya drpd kita. Ini bukan beerti kita harus mencari kesempurnaan dlm setiap tindakan yg kita ambil, tetapi kita harus beringat2x bhw dalam apa jua situasi yg kita hadapi, bersederhana dlm kehidupan itulah yg terbaik. Jika kita berasa diri kita lemah apabila di uji, kita jgn mudah berputus asa dan jgn mudah berpuas hati dgn segala macam dugaan yg menimpa diri kita. Dugaan time kita susah, dan juga dugaan time kita dilimpahi dgn kesenangan hidup. Yang paling penting di sini, jgn sesekali kita lupa pd Allah yg Maha Esa. Allah tidak akan menguji kita jika dugaan itu di luar batas kemampuan kita. Jadi, terimalah segala dugaan yg mendatang dan angap ia adalah ujian daripadaNya. Kadang kala pernahkah korang rase keseorangan dlm hidup apabila korang ade masalah? Mahu kongsikan masalah dgn parents, risau akan membebankan parents pula, mahu kongsi masalah dgn kawan-kawan, kawan-kawan pun ada masalah dorg yg tersendiri juga... jika korang berada dlm situasi seperti ini, korang jangan lupa, walaupun korang tiada seseiapa time korang ditimpa kesusahan, korang masih punya Dia. Dia yg selalu bersama-sama dgn kita tatkala kita susah mahupun senang. Cuma kita, sebagai manusia yg dikurniakan dgn sifat lupa, leka, lalai dan alpa yg sering msaja yg selalu melupakan dan menjauhkan diri dariNya... Dugaan yg menimpa menunjukkan kasih sayang Nya terhadap hambaNya. Kita perlu menghargai setiap kasih sayang yg dicurahkan kepada diri kita. Tanpa kasih sayang, dunia tidak akan aman... 

Aku juga suka sekali ingin menyentuh tentang kasih sayang dalam sesebuah perhubungan. Lalalalalala... Perhubungan yg dimaksudkan ('jengjengjeng') tidak lain dan tidak bukan ialah perhubungan sesama insan yg berlainan gender... Hubungan percintaan anta dua makhluk... ahaksss.... Feels like I'm in love rite now (ayat x boleh blah) hehehehe.... Dulu aku selalu dgr org selalu cakap camni, " jgn benci sgt kt seseorg tu, nnt lama-lama jd sayang...". Aku  tak percaya tu sume tapi bila da mengalaminya sendiri, ada betulnya juga kata-kata itu... Siapakah yg berkata-kata sepoerti itu? Ntah ler, idok ler teman tahu... Dengor je tp tak pernah cari tahu asalnya... Ape aku merepek tetibe ni... Aku rasa better aku stop skg... Hehu! Kesimpulan yg tersimpul rapi di sini, kita mesti appreciate kasih dan sayang yg dicurahkan kepada kita, selagi kita hidup, sentiasa lah berkasih sayang ya... takde ruginya pun berkasih sayang sesama manusia ataupun dengan kejadian Tuhan yg wujud di sekeliling kita.... Besides, kita juga mestilah sentiasa bersederhana dlm kehidupan ya. Moga-moga aku dapat pupuk diri aku dgn emmberikan kasih syg kepada org sekelling dan bersederhana dlm kehidupan...InsyaAllah... Sama-samalah kita memupuk kasih sayang sesama insan... fulamakkkk, ayat yg membuat aku senyum ntah hape-hape je skg ni. Elok dibuat tagline utk blog ni gamaknya.... ngeee... Nak SUMBANGkan lagu la sebelum berpisah... 
Satu-satu, saya sayang ibu, 
Dua-dua saya sayang ayah, 
         Tiga-tiga sayang abang, adik-adik,saudara, kawan-kawan,

         Satu dua tiga sayang semuanya.... 







Lalalalalala.... Jumpa lagi di lain lembaran ya! Salam....

..:: Suka suki kehidupan ::..

Salam semua... ape kabo? Lei hou ma? How r u? Hope semua dlm keadaan sihat walafiat, tak kira dari segi tubuh badan, dalam badan, minda, hati, limpa, jantung, buah pinggang, perut dan yang sama waktu dengannya... ahaksss.... Diharap kita semua masih berada di tahap kewarasan yg membolehkan kita sentiasa bersikap rasional, bertindak secara produktif, proaktif dan kreatif... Perghhh.... Apakah yg bermain di fikiranku pd ketika dan saat ini... Ahha... Ketika ini Malaysia masih boleh di anggap antara negara yang aman & makmur kerana rakyatnya yg berbilang-bilang kaum & dr perlbagai latar belakang agama serta budaya masih boleh merayakan sambutan Tahun Baru Cina dgn begitu meriah sekali... Ini jelas terbukti dgn gambar-gambar serta berita yg dipaparkan di dada-dada akhbar nasional dan juga tabloid di negara kita. Gambar-gambar membuat lo sang pada yee sang dipilih menjadi antara muka hadapan pd sesetengah dada akhbar. Sememangnya sangat jauh bezanya situasi kita di sini jika dibandingkan dgn gejolak ataupun krisis yg melanda bumi Mesir pd ketika ini... Rusuhan dan demonstrasi penunjuk perasaan di antara pro kerajaan dengan anti kerajaan menjadi liputan terhangat, berita panas, mencemaskan, mendebarkan dan membimbangkan seluruh dunia... Ini jelas menunjukkan bahawa pucuk kepimpinan seseorg pemimpin itu tidak layak lagi untuk menggalas tanggungjwb sbg seorg pemimpin memandangkan rakyatnya sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan yg dipimpin sekian lama. Mesir boleh dikategorikan sbg salah satu negara yg kaya dgn artifak-artifak bersejarah, menjadi tarikan pelancong seluruh dunia yg ingin mengetahui mengenai sejarah dan tamadun negara itu especially mengenai piramid dan ketamadunan Islam di negara itu. Kepimpinan presiden Hosni Mubarak dipertikaikan, dipersoalkan, dan menjadi isu serta punca utama terjadinya demonstrasi yg telah mengorbankan beratus-ratus nyawa pd ketika ini.






Walaupun aku hny mengikuti perkembangan yg berlaku di Mesir hny dgn berpandukan informasi yg disiarkan di dlm berita di kaca tv, internet, serta surat-surat khabar tempatan, terdetik seketika di benakku untuk mengupas isu ttg krisis yg melanda Mesir ketika ini... Seperti yg aku katakan di atas, demonstrasi yg diadakan sungguh dahsyat kerana ia melibatkan nyawa manusia, meragut byk nyawa. Kekecohan yg ditimbulkan oleh golongan penunjuk perasaan terbabit adalah untuk mendesak Presiden mereka supaya meletakkan jawatan dgn segera drpd jawatan yg disandangnya. Presiden yg di anggap sekutu kuat Amerika itu dilihat mengambil masa yg lama utk melengah-lengahkan tempoh utk meletakkan jawatan walaupun beliau telah pun menyatakan kesediaan utk berbuat demikian. Namun helahnya itu hanya membuatkan keadaan menjadi bertambah tegang. Sistem pentadbiran, sistem perbankan, sistem pendidikan semuanya lumpuh dan terhenti utk tempoh yg belum boleh dijangka. Bekalan makanan sukar diperoleh, rakyat hidup dalam ketakutan dan terancam pd setiap masa dan ketika tambahan pula dgn banduan-banduan yg bebas berkeliaran selepas penjara dirobohkan. Kejadian rompakan dan kecurian berleluasa pd sebelah mlm tatkala perintah berkurung dikuatkuasakan oleh kerajaan. Tiada jaminan keselamatan mampu ditawarkan dengan keadaan yg kacau bilau dinegara tersebut. Yang ada hanyalah kegusaran, ketakutan, dan kebimbangan saja. Kita yg hanya sekadar mengikuti perkembangan tersebut pun sudah dpt menggambarkan kesengsaraan  yg dialami oleh mereka yg berada di Mesir, apatah lg yg merasai nya sendiri... Apa yg dpt disimpulkan di sini ialah kesengsaraan dan kehancuran menjadi intipati utama jika kerajaan menjadi lumpuh akibat demonstrasi besar-besaran yg dilancarkan oleh penunjuk perasaan. Alangkah hebatnya kuasa penunjuk-penunjuk perasaan ini sehingga boleh melumpuhkan sesebuah negara. Jaminan untuk tidak bertanding pd penggal akan datang langsung tidak memadai untuk mengembalikan keamanan negara. Sama-samalah kita berdoa untuk warga Muslim yg sedang menempuh tempoh sukar di sana. Semoga warga Malaysia yg kini berada di Jeddah juga selamat pulang ke tanah air.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur kerana kita hny di uji dgn bencana alam seperti banjir yg melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini. Ia hanyalah dugaan kecil untuk dijadikan peringatan kepada dugaan yg lebih besar dan mencabar seperti yg ditempuhi oleh negara-negara lain seperti di Mesir, Palestin dsb. Moga hari ini juga menjadi hari ataupun titik tolak kpd kehidupan yg lebih tenang, bahagia, dan aman kpd kita semua. Peace no war & warrior... Ahaksss...