Sunday, February 6, 2011

..:: InDePeNdEnT, iNdIe bAnD, bErDiKaRi, GaNtUnG DiRi??? ::..

Ketika aku leka mendengar lagu di dalam train yg laju memecut sehingga 120km/jam dari Ipoh menuju ke KL Sentral, aku tetibe terfikir tentang perkataan gantung. Bukan pasal gantung diri, gantung org ataupun gantung tak bertali okai... Tapi pasal gantung yang ada hubung kait nya dengan independent... Ahaksss... Hidup tanpa bergantung pd org lain... mampukah??? Betul ke kita boleh hidup tanpa bergantung pada sesiapa kat dunia ni? Meneruskan kelangsungan hidup dengan berdiri di atas kaki sendiri tanpa pertolongan ataupun bantuan sesiapa... Sikap berdikari ni juga kalau tak silap aku merupakan salah satu ciri penting ataupun kriteria yg membuatkan seseorg boleh terpikat pd seseorg yg lain... ye ke camtu? tepuk dada, tanya selera ya... hee... Di kesempatan ini, aku ingin sekali mengulas, mengimbas dan menganalisis ciri istimewa yang satu ini. Dr sudut pemerintahan contohnya, jika sesebuah negara itu tidak independent, rakyatnya dengan mudah akan ditindas dan diperkotak katikkan dengan sewenang-wenangnya oleh tampuk pemerintahan ala diktator a.k.a dinosaur = penjajah... Tanpa kemerdekaan, sesebuah negara itu akan terus mundur, tidak maju ke depan malah berpatah balik ke belakang... Jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara yg telahpun mencapai kemerdekaan atau independent... So pentingkan independent itu pd sesebuah negara? Kita tak perlu bergantung pada negara lain untuk memerintah negara kita. Sesebuah negara itu perlu berdikari dan bergantung pada keupayaan rakyat dan pemimpin nya utk membangun serta mentadbir negaranya sendiri tanpa perlu campur tangan oleh kuasa asing! Sebagai rakyat Malaysia, aku berbangga kerana kita sudah mencapai kemerdekaan yg telahpun mencapai usia 54tahun pd tahun ini. Merdeka!!! Tapi jika di lihat dr spektrum yg lain, adakah kita benar-benar merdeka? walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan, adakah mentaliti rakyat nya juga merdeka & bebas dr anasir-anasir luar yg secara halus nya cuba menjajah minda kita tanpa kita sedari... 





Foto-foto di atas td tu menunjukkan bahawa Malaysia negaraku yg tercinta ini telahpun mencapai kemerdekaan. Kita sudah independent dr sudut bebas daripada jajahan luar tapi yg menjadi persoalan kini, adakah  anasir-anasir luar mampu menjajah minda kita seterusnya menakluk pemikiran kita tanpa kita sedari supayakita  tidak lg menghargai apa itu erti kebebasan, kemerdekaan, tak perlu bergantung pd kuasa asing untuk mentadbir negara kita. Oklah, tetibe aku teringat lak, cakap psl independent ni, aku tgk skg ni mmg da jadi trend indie band dan penyanyi indie yg wujud bagaikan cindawan-cindawan comel yg tumbuh selepas banjir :p Ngeee... Adik-adik aku sbg contoh yg terdekat, sgt meminati indie band. Berlambak-lambak dan bersepah-sepah indie band muncul dan menapak di persada seni tempatan... Ada kumpulan Hujan la, Bunkface la, Meet Uncle Husin la, lalalalalalalalalalalala.... blablablablablablabla....Bg aku ok jugak la sekali sekala lyn indie band sbb kadang kala lagu dorg sedap, kadang-kadang aku tak berapa gemor pun ade bile dengor lagu2x dorg... Tapi lain anak tekak, lain seleranya kan? Konsep independent yg dibawa oleh dorg ni berkisar ttg lagu, lirik, album yg dorg compose & terbitkan sendiri tanpa bergantung pd org luar... Indie band or penyanyi indie skg ni mendapat sambutan hangat bagaikan hangat nya mentari di Afrika Selatan... Ahaksss... 



BUNKFACE
KUMPULAN HUJAN    





Korang rasa cane skg ni, penting tak independent pd diri korang tak kira lah dr dimensi apepun yg terlintas di fikiran korang sekarang ni. Nampaknya train aku da sampai pun kat KL Sentral. Nak chow dulu... Hehu! Ketemu di lain lembaran ya! Salam~

No comments:

Post a Comment