Thursday, May 5, 2011

..:: Tips cintan cintun yang umphhhh! ::..

ahaksss... aku ni da macam pakar cintan cintun lak rase nya... ape salahnye kan sekali sekala jd Dr. Cinta tak bertauliah... hehe... dalam bercinta, bertunang, berkahwin sudah tentu lor banyak dugaan & cabaran yg kita kena hadapi ye tak? sekadar berkongsi pengalaman ketika aku menjalani praktikal di Mahkamah Syariah, mmg byk sgt masalah dan hal rumahtangga dr sekecil - kecil masalah sehinggalah kepada masalah yg besar melibatkan pasangan yg baru atau sudah lama berkahwin... kadang-kadang punca dorg ni ke mahkamah ni x tercapai dek akal kita... byk situasi yg pelik-pelik diberikan apabila rasa cinta mulai pudar dan hilang dalam perhubungan... fuhhh, mmg menakutkan tul bila deal dgn hal-hal cmtu... bukannye ape, bila da bercerai berai mcm ni, byk lor pekung di dada yg didedahkan... bagi kita yg sedang dalam perhubungan, di harap jaga dan kekalkanlah hubungan yg sedia ada,okai... haishhhhhh.... apehal cam emo lak tetibe... wadehel men.. tak mau lagi sentuh bab-bab ni... jom kita tukar lak topik yg best iaitu macam mana kita nak tahu bahawa kita ni sedang dicintai atau menyintai seseorg... ahaksss... mmg byk tips untuk mengenali perasaan cinta yg terbit dari hati tapi ni adalah antara tips untuk mengenalinya... ape-apepun jom cekidaut, bebeh!

1) Korang tahu yg korang ni merindui seseorang apabila jantung korang dup dab dup dab berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.


Ulasan:

Korang mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun korang tak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


2) Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan:

Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.


3) Jika seseorang hadir dalam hidup korang dan menjadi sebahagian daripada korang, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih terimalah kenyataan itu dan sekurang2xnya dia pernah membahagiakan korang... 

Ulasan:

Masa akan menentukan segalanya bebeh, jika dia ditakdirkan bersama korang, dia akan kembali.


4) Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan korang, Jangan melarikan diri  daripadanya kerana suatu hari nanti, korang pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan korang itu.

Ulasan:

Hargai orang yang menyayangi korang, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita ye tak??? yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.


5) Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika korang merasakan sesuatu itu akan membuatkan korang bahagia, aman dan sentosa, apalagi teruskanlah. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan:

Masa tidak menunggu kita. Kalau korang rasa korang dah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau korang akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.


6) Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan korang benar2x  bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.



Siapa kamu pula?".

Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."


Ulasan:

Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.


7) Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian korang. Dari kalangan yang korang pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari korang walau diamana sahaja korang berada.


Ulasan:

Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang
yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu
ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.


8) Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. Haha... (don't be too choosy,okeng!)


Ulasan: 

kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.


9) Cinta itu membuatkan korang gembira walaupun ia sering melukakan.Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan:

Kalau korang dah bertemu seseorang yang benar2x menghargai korang, maka dia berhak mendapat kasih dan sayang drpd korang.


10) Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati. Ia sama jugak macam kita nak dapat lesen... Time ujian jln raya dgn JPJ bukan main lagi tertib, lepas da dpt lesen, HAREMMMM nak mengikut sume panduan tu... tul tak? bek mengaku cepat... hehehehe

Ulasan:

kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang korang sayang/cintai, korang mestilah membuat dia percayakan korang dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan korang. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap korang dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.


11) Apa kata seseorang memberitahu korang ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."

Ulasan:

Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya.


12) Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya korang kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.


Ulasan:

Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk  korang mencubanya terlebih dahulu; kerana jika korang berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika korang tak mahu/berani mencubanya, korang mungkin akan kehilangan orang yang  korang sayang/cintai selamanya.


13) Korang tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Korang cuma kalah kalau  korang bertangguh.

Ulasan:

Jangan takut untuk meluahkan isi hati korang kepada orang yang  korang sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang korang sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup korang. Dengan itu, korang akan rasa lebih yakin dan puas. Dan   korang akan rasa bangga terhadap diri korang kerana korang telah menunaikan tanggungjawab  korang terhadap perasaan hati korang.


14) Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati korang kerana akibatnya, hanya korang yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri korang, tapi dia masih sangup menyayangi  korang dengan sepenuh hatinya.

Ulasan:

Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan korang dan masih sanggup bersama korang dan lebih menyayangi korang, maka korang lah orang yang paling bertuah!  Dia layak mendapat cinta korang.


15) Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.


Ulasan:

Bukalah pintu hati korang, benarkan orang yang korang sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.


So, dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu kita disedari. Apabila kita bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk kita difahami; tetapi untuk kita memahami. Ia bukan 'passport' untuk kita mengambil itu dan ini; tetapi untuk kita diambil. Ia adalah untuk kita mendengar; bukan supaya kita didengar. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk kita meminta itu dan ini. Ia bukan untuk kita berkira2x atau mengukur; tetapi untuk kita  mencintainya.....

Renung-renungkan dan selamat beramal... ahaksss.... (n_n) I LOVE YOU!!!!



No comments:

Post a Comment