Salam.. Hi uollsss... Selepas menghadapi hari- hari yg sangat sibuk lg menyibukkan sejak da graduate ni, baru lor aku ade mase nk update blog. ahaksss... kali ni aku nak kongsi dgn korang sume resepi untuk buat roti pulak... korang boleh buat apa sahaja jenis roti asalkan korang ikut resepi asas membuat roti ni... InsyaAllah, pasti menjadi... selamat mencuba ya!!!
ROTI
Bahan - bahannya :-
1. Tepung berprotein tinggi 500gm
2. Yis Segera 10gm
3. Gula Kastor 60gm
4. Garam 7gm
5. Susu Tepung 25gm
6. Telur 1 biji
7. Marjerin 20gm
8. Bread Softener 20gm
9. Air 225gm
Cara - caranya :-
1. Masukkan tepung dan yis segera ke dalam mangkuk pengadun.
2. Guna kelajuan 1 putar selama 1 minit.
3. Masukkan gula, garam, susu tepung, telur, marjerin, bread softener dan air. Garam dan marjerin dimasukkan kemudian sekali setelah gula, susu tepung, telur, bread softener dan air di masukkan.
4. Adun semua bahan-bahan tadi selama 8 minit pada kelajuan 4.
5. Rehatkan selama 20 minit.
6. Bentukkan dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik.
6. Bakar selama 20 minit.
Tips : Selepas step yg ke empat, kalau rajin, potong lor adunan td pd setiap 60gm... lepas tu ambil tuala lembab dan tutupkan adunan roti yg telah dipotong setiap 60gm dengan tuala tersebut. ini untuk proses pengembangan adunan roti td...
ROTI KISMIS
Bahan - bahan :-
1. Tepung berprotein tinggi 500gm
2. Yis segera 10gm
3. Gula 60gm
4. Garam 8gm
5. Susu Tepung 25gm
6. Telur 1 biji
7. Marjerin 20gm
8. Pelembut Roti 20gm
9. Air 250ml
10. Kismis 100gm
Cara - caranya :-
1. Masukkan tepung berprotein tinggi dan yis segera ke dalam mangkuk mesin adunan.
2. Gunakan kelajuan noz selama 1 minit.
3. Masukkan gula, garam, susu tepung, telur, marjerin, pelembut roti dan air kemudian di adun sehingga sebati selama 4 minit.
4. Masukkan kismis dan di adun lagi selama 1 minit.
5. Perapkan selama 20 minit.
6. Bentukkan adunan menjadi dandanan.
7. Kemudian masukkan ke dalam proover sehingga naik.
Adunan dibakar dalam ketuhar selama 20 minit. Kemudian angkat dan biarkan ianya sejuk.
No comments:
Post a Comment