Sunday, March 20, 2011

..:: Cinta vs Rokok ::..

Hee... org lain sume sibuk study untuk 3tests throughout this week tapi aku sempat lagi berblogging... ahaksss... come on, hawa... wake up from ur DAY dream... study meh... aku nak amik mase ckit lor b4 continuing study EPS, IBT & EVI. Topic aku ari ni --- aku nak sentuh tentang cinta dan rokok... tetibe terlintas lak topik ni kat kepala otak aku... hehehe... Tentu korang tertanya-tanya atau buat-buat tanya ape kaitan nya cinta dan rokok ni... mcm takde hubungkait langsung... ahha... ade dua situasi yg aku boleh bg kat korang tentang topik yg aku nak kopek ari ni. situasi pertama adalah mengenai insan yg mmg perokok tegar atau perokok yg biase-biase je tapi tak pernah bercinta dan situasi yg kedua pulak insan yg x pernah termimpi atau terfikir nak smoking tapi pernah merasa apa itu erti cinta (tak kira lor yg sedang, tengah atau pernah bercinta)... Aku akan terangkan kedua-dua senario ni dari spektrum yg berbeza...

1st senario --> perokok yang tak pernah bercinta

aku akan terangkan senario perokok yang tak pernah bercinta 

Jangan salah faham lak, aku mmg bukan perokok tapi senario ni aku terangkan dan simpulkan melalui observation dan jugak kajian yg aku buat... kalau org yg terdekat dgn  kita pun smoking, tentu lor kita dapat tahu serba sedikit tentang perokok ni, betul tak? Pada aku,kebanyakan org yg smoking ni bermula drpd pengaruh rakan-rakan... lepas tu, dorg yg smoking ni selalu guna alasan smoking untuk hilangkan stress atau tahan darpida mengantuk ketika memandu kereta (usually)... contohnya memandu dari KL ke JB, kalau tak hisap rokok sepanjang driving rasa cam kesunyian & bapak bosan kan... tu antara alasan kenapa perokok ni merokok time driving... ahaksss.... Orang yg smoking ni bukannya dorg tak tahu merokok ni membahayakan kesihatan, malah kat kotak rokok tu sendiri ade mcm-mcm gambar yg mengerikan untuk psiko dorg tapi disebabkan kesan rokok tu atas diri dorg, dorg jadi ketagih & tak boleh nak tinggalkan habit merokok tu. Effect yg paling utama tentu lor untuk hilangkan stress dan effect yg kedua sudah tentu ketagihan atau addicted pd rokok yg buatkan perokok ni tak boleh buang habit merokok tu... Aku tahu bukan senang nak berhenti merokok, kalau tetibe suruh stop smoking tu mmg tak dapat lor. org yg terdekat dgn aku pun kalau suruh berhenti merokok mmg dia takkan buat pny, cuma yg dia mampu buat kurangkan smoking atau tak smoking bile dgn aku... tapi selalu je kantoi... org yg smoking ni kalau kita bau tapak tgn dorg, mmg senang je kantoi... Aku tgk dulu ayah aku, nak berhenti smoking, bukannya senang al maklumlah lebih kurang 30 thn lebih smoking, tetibe nak stop, perghhh.. cian aku tgk... tapi berbekalkan ketabahan dan semangat yg tinggi, kini ayah aku da 5-6tahun stop smoking... alhamdulillah... Salah satu analogi yg aku boleh bagi untuk menggambarkan betapa sukarnya nak stop smoking ialah game... contohnya, kalau org tu gile main Dota, counterstrike, PS2, PS3, tetibe kita suruh dorg ni berhenti main sbb game tu tak berfaedah, ade ke dorg nak dgr cakap kita? takde maknanye...bagi kita yg tak suka main game mmg akan ckp game tu membuang masa, tak berfaedah, bla,bla,bla... tapi bg kaki game ni, dorg akan cakap game ni buat otak dorg ligat berfikir, leh blaja atur strategi and wutnot... camtu jugak dgn memancing... bg org yg suka memancing, ade mase je mesti nak pg jd nelayan part time, bg dorg memancing ni bagus untuk tanam sifat kesabaran dalam diri. tapi bg org yg tak minat memancing akan cakap memancing tu buang mase, buang tenaga, buang duit etc... Macam tu jugak lor dgn smoking... ade yg cakap smoker ni mulut busuk mcm longkang, tangan busuk, nafas berbau, bako duit & wutever... tp bg perokok, dgn smoking dorg boleh hilangkan rase stress, leh wat dorg hepi go lucky & wutnot...


2nd senario --> org yg pernah bercinta tapi tak pernah merokok...


Situasi kedua ni, mmg kena kat batang hidung sendiri lor... ahaksss... Orang yang bercinta ni kan, situasi nya lain ckit dari situasi kat atas tu tapi effect dia same je... Dalam bercinta ni kan, kadang-kadang tu org yg bercinta ni tau yang apa yang dia buat tu salah tapi dia tetap buat jugak sebab pasangan dia suka atau pasangan dia mintak. Contohnya, si boyfriend mintak girlfriendnya pakai baju yang seksi. Si girlfriend maybe tak suka pakai atau tak biasa pakai tapi demi ingin memenuhi kehendak boyfriendnya dia pun pakai la.konon-konon nak amik hati si boyfriend ler tu... Atau si girlfriend mintak boyfriend jangan pakai slipper jamban time kuar dating  sebab selebeh & selekeh kalau pakai so si boyfriend ni pun selalu la pakai sneakers setiap kali kuar dating walaupun dia tak suka. Ni contoh yang aku boleh bagi setakat ni. Kalau ikutkan byk lagi contoh boleh bagi ni hehehehe... kesimpulannya, semakin sayangnya seseorang tu pada pasangan dia maka semakin banyak yang dia sanggup korbankan. Bukannya dia tak tahu apa yang dia buat tu salah atau tak kena dengan diri dia tetapi disebabkan sayang dia sanggup buat. da macam-macam kes yg kita baca kat surat khabar atau magazine sebab syg menyayang yg akhirnya tak ke mana-mana tapi bawak kerosakan dan keaiban saja pd diri sendiri...




Moral nya sekarang ni kita takleh nak cakap lebih-lebih tentang cinta kalau kita sendiri pun tak pernah rasa ape itu cinta... besides, jgn nak kutuk lebih-lebih tentang org yg smoking kalau kita sendiri bukan jenis yg hisap benda alah tu... Cukup lor sekadar renungan untuk diri sendiri dan jugak org tersayang... ada akal, da boleh fikir mane baik dan mana buruk... yg penting nya, amalkan sikap bersederhana, itu sudah memadai dari duk kepoh-kepoh tak tentu hala... bagi insan yang termasuk dalam kategori org yg bercinta dan merokok, fikir dalam-dalam sikit erh pe effect dan natijahnya pd diri korang... sekian...


renung-renungkan & selamat berfikir!  

No comments:

Post a Comment