Tuesday, March 8, 2011

..:: Banduan transeksual dibenarkan pakai bra + make up ::..

Alkisahnya, semalam kat moot court AIKOL (Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws) ade satu debate mengenai third gender... ape position third gender atau jantina ketiga ni di kalangan masyarakat kita... Adakah kewujudan mereka ini di ikhtiraf ataupun tidak di Malaysia? Adakah mereka-mereka ini mempunyai hak dan kebebasan seperti yg dimiliki oleh lelaki dan wanita di negara kita ni? Aku tak dapat nak join debate tu sebab aku ade class criminal procedure pd mase debate tu diadakan... ape lah intipati  debate tu erh... then, aku terbaca lak satu newspaper cutting yg pd aku agak menarik gak isi nya... topiknya mengenai banduan transeksual di UK yang dibenarkan memakai bra dan juga make up (alat solek) ketika sedang menjalani hukuman penjara... semua officers kat penjara telahpun diarah untuk membenarkan banduan-banduan transeksual ni memakai bra dan juga alat solek...


so, dorg ni ade hak lor untuk melawa dan berdandan dgn alat solek masing-masing... golongan transeksual ni golongan yg tukar jantina daripada jantina asal kepada jantina lain... contohnya daripada laki kepada pempuan, daripada pempuan  kepada lelaki...Segala detail-detail & particular tentang polisi yang baru sahaja diperkenalkan oleh Ministry of Justice Kenneth Clarke ini antara lain mengandungi hak-hak banduan yg telah menukar jantina hendaklah dibenarkan membeli baju yg bersesuaian dgn jantina mereka daripada home shopping catalog... tu dia... hak dorg ni mmg terpelihara sungguh... Bukan tu saja tau, warder-warder penjara ni kalau dorg nak panggil banduan-banduan transeksual ni, dorg mestilah memanggil banduan tersebut dengan gelaran 'CIK/MISS/MS' dan bukan nya Encik/Mster/Mr. Gelaran tersebut hendaklah dipanggil dengan penuh rase hormat dan sopan santun, bukan main perli-perli erh... perintah ni telahpun dijelaskan dalam garis panduan yang telahpun berkuatkuasa pd bulan ni (if I've not mistaken lor sebab newspaper cutting ni issued pd 5th March 2011). Ini merupakan new mandatory guidelines lor untuk warder - warder penjara...  

Dalam garis panduan tu jugak ade beberapa nasihat untuk isu-isu lain yg berkaitan dengan banduan yg telah bertukar jantina (transsexual inmates). Contoh isu-isu yg berkaitan dengan banduan - banduan transeksual ni macam bilik air kat penjara... adakah dorg ni perlu bercampur dengan banduan lelaki atau banduan pempuan jika dorg nak mandi atau buang air kecil/besar? ataupun perlukah dorg ni di asingkan serta diberikan bilik air yg khas untuk golongan transeksual sahaja? itu yg menjadi isu sekarang ni... Selain dari tu, kalau ade officers yg mempersoalkan ataupun ade soalan tentang polisi baru ni di gesa untuk terus saja contact dengan Ministry of Justice's. Talian mereka ni akan di sambungkan pd "gender recognition policy team"... ahaksss... Buku garis panduan yg diperkenalkan tu ade lor dlm 20 muka surat, aku pun tak sempat nak google kat internet kalau-kalau ade... Buku tu yg diterbitkan dan di edarkan pada Gabenor penjara menegaskan bahawa banduan-banduan yg merasakan diri dorg ni dalam golongan transeksual then ade hati nak tukar balik pada jantina asal dorg diberi kebenaran untuk menjalani hidup mengikut jantina yg mereka pilih. 

Banyak jugak tau keistimewaan banduan transeksual ni... dorg jugak dibenarkan memakai pakaian yg dorg rasa sesuai dengan jiwa dan sanubari dorg... Dorg ni jugak boleh tukar nama kepada nama yg dorg inginkan atau idam-idamkan (contohnya Micheal jd Michelle, takpun Canny jd Kane Robertpakinson...mcm-mcm lg la). Dorg ni boleh jugak pilih suka hati dorg je nak digelar sebagai ape, Cik ke, Miss ke, Ms ke... asalkan dorg selesa dan puas hati dgn gelaran tersebut... 

Golongan-golongan transeksual ni jugak dibenarkan untuk mendapatkan ape-ape barang yg dapat membantu dorg menyesuaikan diri dengan jantina baru dorg ni... peraturan baru ade menyebut tentang medical prostheses iaitu berkaitan dengan anggota palsu lor terutama dalam kes-kes yg tukar jantina daripada lelaki kepada wanita...dorg leh pakai bra dan bersolek untuk cover janggut atau misai dorg tu kalau still ade janggut ataupun misai tumbuh melata di atas bibir or dagu dorg... hehehehehehe... Banyak kan keistimewaan org tukar jantina ni... perghhhh... di iktiraf sampai begitu sekali.... siap perkenalkan new policy dengan terbitkan garis panduan untuk setiap penjara lagi... agagagagagagaga... 


Ade satu paragraph dalam buku garis panduan tu yg menyentuh mengenai banduan-banduan transeksual yg tak sempat ataupun takde duit nak pergi wat pembedahan tukar jantina ataupun pergi terapi lanjutan, dorg ni boleh guna ape-ape jugak alat atau items untuk bantu diri mereka sendiri untuk kelihatan seperti jantina yg mereka inginkan. Contohnya kalau lelaki tu nak bertukar jadi pempuan tapi tak pergi wat pembedahan buang alat sulit, tak ambik pil hormon untuk jadi pempuan, dorg leh je pakai baju gaun takpun skirt untuk tunjukkan dorg ni pempuan. takpun, pakai je lipstick wane merah cili tu, tepek bedak tebal-tebal kasi cover sikit janggut sama itu misai... sebab tu dorg leh pakai makeup dengan pakai bra dalam penjara... betul tak? hehe...



Perlu di ingat, mane-mane penjara yang cuba menghalang golongan tukar jantina (transeksual) ni daripada pakai bra atau alat makeup akan di bawa ke mahkamah untuk judicial review ( kajian semula kehakiman di mana mahkamah mungkin memberi deklarasi, injunksi, atau award ganti rugi, etc)...

The Right Honourable Kenneth Clarke (Ministry of Justice) ini merupakan British Conservative politician kat United Kingdom... Nama manja dia ni Ken Clarke je... Beliau ni boleh dikatakan salah seorang ahli politik yg agak terkenal jugak lor kat Britain... 

Sekian....

No comments:

Post a Comment