Sunday, March 6, 2011

..:: Mahallah Diceroboh ::..

intruder tak diundang tapi minta ditendang
Salam... Ape kabo semua? ahaksss... harap sume nya sihat-sihat belaka hendaknya... Ari ni aku nak kongsi sikit cite yg terjadi pd tgh mlm td... alkisah nya, tgh aku sibuk-sibuk print gambar-gambar bersama teman & men'download' kes-kes rogol, terdengar lak announcement ttg pencerobohan... mahallah a.k.a hostel yang aku menginap telah diceroboh oleh lelaki yg tidak dikenali...OHHHHHHH, TIDAKKKKKK!!!! mmg kecoh lor selepas announcement mengejutkan dan membuatkan org terkejut itu dibuat... Roomates aku yg da tido semua terbangun dan ketakutan lps dgr announcement tu yg di ulang beberapa kali.... perghhhh, situasi ketika itu gawat seyh.... Roomates aku confirm tak boleh tido dan berkumpul di bilik aku.... then kitorg ternampak ade beberapa org pak guard kat luar tingkap yg sibuk menyuruh kitorg kunci pintu dan tutup tingkap... Penceroboh??? tatkala terdengar perkataan intruder tu mula lor kitorg buat beberapa presumption (sempat lagi time gawat2x ni... hehehehe)... antara presumptions yg sempat di buat adalah seperti berikut :-

  1. macam mana ya kalau penceroboh tu masuk bilik kita & rogol kita?
  2. macam mana lak kalau dia menyelinap masuk bilik kita dengan bersenjatakan pisau,then ugut kita supaya bagi semua duit, laptop, handphone?
  3. penceroboh tu warga tempatan ke foreigner erh?
  4. penceroboh tu masuk ikut mana erh? ikut pintu belakang mahallah ke atau pintu depan?
  5. macam mana dia boleh menceroboh erh, dia menyamar jadi pempuan or pondan ape?
  6. macam mana kita nak cam dia kalau dia mencabul kita then lari mcm tu saja? sempat ke pak guard nak kejar dia? dapat ke kesan penceroboh tu balik? uia ni bukan kecik...

Haaaaa.... itu dia antara presumptions yg sempat kitorg buat sementara mengintai-intai pak guard kat luar bilik yg asyik suruh kitorg kunci pintu dan tingkap... ahakssss... macam-macam kan? tapi keselamatan tu sangat penting kan, mana tak nya, kalau ade kes-kes mencabul, rogol, rompak, mencuri, kan bahaya tu... kesan dan implikasi terhadap institusi dan jugak pelajar tersangatlah banyak... aku nasihatkan roomates aku supaya tido je, tak payah pikir banyak... bukak lampu depan bilik sudah... hehu... ngeri tul kalau terbayangkan kes-kes rogol dalam kampus if perkara mcm tu betul-betul pernah terjadi... perghhh, aku ni dah lah tengah baca kes prima facie ttg kes rogol... mmg aku tgh berimaginasi kes rogol ni sbb fakta-fakta nya pun semua cite detail apa yg perogol tu buat pada mangsa nya... harap-harap malam-malam seterusnya nanti takkan ade lg dengar announcement ttg penceroboh tanpa di undang tapi minta ditendang tu... hehehehehe.... ape aku taip ni...  apepun, jaga lor keselamatan diri masing-masing,ok... sentiasa kunci pintu bilik atau pintu rumah jika bersendirian... pastikan nombor-nombor yg penting ada dlm simpanan... senang nk contact if pape jd nanti... Renung-renungkan!

Friday, March 4, 2011

..:: DuN HaTe mE CaUsE I'M BeAuTiFuL ::..

SaLam... Hi, evrybody... ahaksss... topic yang aku nak kupas-kupas ari ni berkaitan dengan kecantikan... hehu!!! Alkisah nya td aku terdengar lagu keri hilson "pretty girl rock"... cam besh je... bcakap soal kecantikan ni, selalu nya terlintas dalam kepala kita, muka yang cantik, kulit putih gebu, takde cacat cela, body mantap seyhhh, tinggi... semua tu selalu nya menjadi tumpuan untuk mengklasifikasikan kecantikan kepada seseorg.... kalau buruk lak, manusia yg muka penuh berjerawat, kulit gelap, berisi, and wutnot... tu jawapan tipikal sesetengah manusia tentang kecantikan... tapi bagi aku la kan, kecantikan tu sangat lah subjektif pengertian dan definisi nya... kadang-kadang kalau kita tengok kat supermarket ke, jalan-jalan dengan membe-membe kat shopping complex ke, mesti kita ade terjumpa dgn pasangan yg pd kita tak serasi... aku bagi senario seperti, "erh, cuba ko tengok couple tu, cam tak sesuei je aku tgk... gf da la cantik, lawa, putih, tinggi lak tu... tapi cube ko tgk bf dia, da lor gelap, berisi, muka cam rumah papan nak roboh je..." tak pun senario yg mcm ni "erh, erh... cuba ko tgk couple tu, tak sepadan langsung aku tgk... cuba ko tgk bf dia, da lor hensem, putih, tinggi, macho arh... tapi x sesuei dgn gf dia yg gelap, berisi, pendek lak tu... kalau la aku yg dapat, baru la sesuei...".... ahaksss.... tu antara senario yg selalu di dgr kalau pg mane-mane... kalau tak percaya cuba la buat observation ttg ragam manusia kat mane-mane public places .... 

Pada pendapat aku kan, kecantikan ni sangat2x sukar untuk mencari jawapan yg objektif... cantik di mata kita tak semestinya sama dgn cantik pada pandangan org lain... kadang-kadang kita rasakan sumone tu cantik tapi pada org lain tak cantik pulak... so, mmg jawapan nya relatif la kan? kecantikan tu bergantung pada pendapat masing-masing... kalau da suka dan berkenan tu, semua yg dipandang tentu lah cantik kan.... kalau da benci dan meluat tu, tengok pun udoh tak sior lagi... ngehngehngeh... tapi janganlah sebab terlalu taksub nak cantik di mata semua org sampai kan sanggup mengubah apa yg telah dikurniakan kepada kita sejak azali lagi... hargailah ape yg ada sbb semua org punya kecantikan yg tersendiri... dalam diri kita, jangan ada rasa kecewa atau terkilan kerana kita rasakan yg kita kurang drpd org lain... sesungguhnya Allah telah jadikan kita ni dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.... kalau tak cantik tu tak semestinya buruk.... tak cantik tapi manis... tak lawa tapi comel.... betul tak? 

Memang tak dinafikan lelaki ni lebih memandang pada fizikal kalau nak memilih pasangan... bagi dorg, 'dari mata turun ke hati, dari hati barulah cinta menjadi, kasih terpatri..." ahaksss... tapi tak semestinya ok... kalau sikap kita, kebijaksaan kita, dan juga keterampilan kita menarik, walaupun tak termasuk dalam kategori cantik, still akan menjadi pilihan juga... yg penting pada aku, ethic & manner tu yg paling penting... kalau takde adab, harap muka je cantik buat ape kan... menyakitkan hati, limpa, perut, mata, dan peparu je... hehehehe... kalau adab terjaga, ade budi bahasa, elok budi pekerti, org pun suka dekat-dekat dan mudah tertarik pd kita kan... kalau dah cantik, berbudi bahasa pulak tu, mmg satu pakej la... apepun, kecantikan itu hak milik setiap insan, bangga lah menjadi diri anda sendiri... kerana dirimu begitu berharga =) ewahhh.... jumpa lagi di lain lembaran ya...
selamat berhujung minggu (n_n)
salam...
  
                                                            


Saturday, February 26, 2011

..:: AiS KrIm DrPd SuSu IbU AvAiLaBLe n0w!!! ::..

Ais krim yg comel (*_*)
AIS KRIM, AIS KRIM, AIS KRIM... mari beli, mari rasa, mari cuba....Gulppp... Terkedu sebentar bila aku baca sekarang ni kat London da ade jual ais krim yg terdiri drpd pelbagai jenis yg mengandungi campuran susu ibu yang betul-betul asli... terbaik dari ladang seyhhh... Sumber daripada website Parentdish, ade sorang ibu bernama Victoria Hiley berumur dalam lingkungan 35 tahun berasal dari Leeds di utara England telah menderma SATU LITER susu perahan beliau sendiri kepada Icecreamist parlor untuk hidangan yg dinamakan Baby Gaga... agagagagagaga.... Dalam satu temubual dengan Fox News, Victoria ada menyebut bahawa menjual susu badannya tidak mendatangkan sebarang mudarat jika ia nya digunakan untuk mendapatkan duit 'extra'.... Selain itu, beliau juga ada membuat iklan dalam website Mumsnet untuk iklankan susu badannya yg akan dijual kepada beberapa supplier susu yang berminat... Kata nya lagi, susu badan ibu lebih semula jadi dan ape lagi yg lebih natural daripada ais krim yg mengandungi susu ibu jika dibandingkan dengan kesegaran semata-mata? 


Hasil daripada jualannya itu, sekarang ni ada new parlor yang sanggup bayar 15 pounds = RM73.69 = 24 dollars untuk setiap 10 ounces susu badan Victoria ni (1 ounces = 28.35gram ... 10 x 28.35 = 283.50 grams)... Tambahan lak sekarang ni the new parlor tu da dapat banyak stok susu ibu drpd 15 ibu-ibu yg bermurah hati menyumbangkan susu badan mereka untuk dijual... Tapi dorg ni bukan leh sesuka hati je derma susu badan dorg pada parlor tu... ibu-ibu ni sume perlu pergi wat medical check-up untuk check dorg punya tahap kesihatan dan juga check darah dorg ni... ni sume peraturan yg di praktikkan oleh UK's National Health Service...  







Meh kita baca lak komen-komen daripada pengusaha ais krim susu ibu dan juga reaksi org ramai tentang ais krim ni.. Salah seorang pengusaha ais krim susu ibu yg menamakan kedai nya sebagai Icecreamists, beliau memberitahu kedai nya membuat ais krim yg dicampurkan dengan susu ibu dan juga lengai (pods) Madagascan vanilla dan juga perasa lemon... Yummy...Yummy.... Mamat ni gak beria-ia cakap takde sape kat dunia ni yang pernah buat ais krim yg mcm dia usahakan ni sejak seratus tahun kebelakangan ini... bangga gile mamat ni tau... Muka dia berseri-seri je bila buat kenyataan camtu.... tapi ade jugak sesetengah orang yg dengar je ais krim dr susu badan ibu terus bagi reaksi 'Yucksssssss.... euwwww, wadehel is that? are u crazy old man?'... apepun, susu ibu mmg la pure, organic, natural tapi perlukah dikomerSIALkan sebegitu rupa? Semuanya sebab duit.... Sebab duit sanggup buat apa saja... Adakah rasa nya sama hebat dgn Baskin Robbins? takpun dengan ais krim Magnum? mat kool, mat kool kawanku? hehehe... adakah ia nya sama? Aku pun tak tau... Jarang sangat aku makan ais krim... So, ape pendapat korang lak? Ade keinginan nak try ais krim yg mengandungi susu badan ibu ke? Ade bran??? ahakssss.... tepuk pipi, tanya hati, Okai?
Renung-renungkan....


..:: Final year Law Students of IIUM Photoshoot ::..

Salam... Pagi 26th Februari 2011 merupakan hari yang paling happening bagi aku dan kawan-kawan... Mane tak nya, seawal pukul 7 pagi kitorang da berdiri pacak kat main stairs UIA utk sesi fotografi untuk batch 2007... ahaksss... mmg best la dapat berkumpul ramai-ramai mcm ni. walaupun pd hakkatnya jadual kitorg pack sgt dgn pelbagai assignment, project paper, test yang terpaksa kitorg tempuhi dan hadapi this week, next week dan week yg seterusnya until our last final exam paper on 14th April... hehu... kat bawah ni aku selitkan beberapa gambar yg sempat di ambil time photoshoot...
















Wednesday, February 23, 2011

..:: yesss!!! aku kembali ::..

 
purpose of law - to uphold justice & fairness
Salam... ahaksss... rasa cam lame lak aku tak update blog aku ni... maklum saja lah minggu ni, minggu depan, minggu lg satu, dan minggu2x seterus nya aku akan bertambah bz dgn mcm2x test, dgn drafting lg, project paper lg, advocacy skills lg... pendek kata, mmg aku akan bz sepanjang februari & mac ni... hujung bulan mac da start final exam... berdebor teman dibuatnye... hari ni hari yang mendebarkan... sbb ape? sbb aku ade hearing utk civil procedure subject jap lg... aku byk belajar gradually ttg procedure bile aku sendiri yg prepare everything... start dgn SIC, then dgn AIS  dan seterusnya AIR. kena siapkan semua exhibit-exhibit yg aku nak tender kat court... the most important thing is that, aku kena digest, know inside out about my case... sebab aku ni jadi counsel for plaintiff, jadi nya aku la yg kena wat opening speech bile hearing tu... kena pastikan sume exhibits kena tag...






-----------------after hearing in Court-------------------------


Alhamdulillah... aku menang!!! lalalalalala.... aku rasa inilah hikmahnya bila kita terpaksa hadapi semuanya dan lakukan most of the work sendirian... di kala aku yg bz menyiapkan pleadings, tak sempat nak amalkan konsep 'practice, practice & practics', aku bersyukur sangat sbb aku sudah melepasi tahap ni. Bila aku dgr je 'application is granted", huhu, hepi gile rase... skg ni aku masih lg belajar, aku tak dapat nak bayangkan kalau lawyer yg menang byk kes tu, mesti kemenangan tu akan jd pembakar semangat untuk dorg lebih maju & berjaya. ekceli, bukan menang atau kalah persoalannya, yg penting kita dapat belajar sumthing selepas kita tempuhi hearing tu... mcm aku, aku selalu je ckp word 'ya @ yeah' dlm court... hearing td pun 14 kali aku guna word tu. tp lps tu aku guna 'indeed, Yang Arif'... at least aku tau tu mmg silap aku pun... yang penting semuanya berjalan lancar walaupun pd mula nya kena tegur & judge mengamuk sbb aku dan dua lg counsel for defendant lambat dtg court sbb x jumpa court tu... seb bek kes tak kena struck out... thanksss Madam!!! apapun, byk lg kerja menanti aku lps ni... ahaksss... hadapinya dengan tabah, Hawa (^_^)... kepada kawan-kawan, marilah kita sama-sama berjuang!!! hehehe...

Thursday, February 17, 2011

..:: kUrUs ChUbBy, ChUbBy kUrUs::..



Sekadar hiasan
Salam... Hi everybody! ahaksss... aku baru saja update sikit-sikit psl blog aku td... tetibe tergerak hati nak update new post kat blog ni... Topik yg tetibe terlintas kat kepala aku kali ni pasal manusia dan tubuh badan... Macam-macam ragam manusia skg ni... Yang kurus, nak jd lg kurus, tak puas hati dgn kekurusan yg ade pd diri sendiri... still merasakan badan tu gemuk... golongan ni boleh diklasifikasikan sbg penghidap aneroxia... selalu je rasa gemuk, badan tak lawa, tertekan bila tgk bdn sendiri kat cermin, padahal badan da ok da tu... da ideal, tp dgn diet yg melampau, perghhhh.... da mcm mayat hidup aku tgk... lagi satu golongan lak, golongan yg berisi, nak sangat -sangat kuruskan badan... tapi tu tak heran sangat la sbb kalau kurangkan berat badan yg  berlebih-lebihan tu kan elok untuk kesihatan... at least, x kena obesiti atau kencing manis... kalau berat bdn yg berlebihan ni boleh mendatangkan byk kemudaratan pd diri kita sendiri, byk penyakit yg boleh kita dapat, betul tak? Justeru itu (ahaksss, sjk bila aku guna ayat cmni), jaga pemakanan, amalkan diet yg sihat dgn pengawasan serta nasihat drpd yg pakar,ok... Dibawah ni aku selitkan gambar-gambar contoh manusia yg da kurus tp nak kurus lagi, dan juga golongan manusia yg berisi tapi berjaya menurunkan berat badan ke tahap ideal... Ayuh, kita cuci-cuci mata seketika...

Aizat ketika berisi

Aizat selepas berjaya menurunkan berat badannya

Bunga Citra Lestari sebelum pregnant

Bunga Citra Lestari selepas melahirkan baby

Amy Winehouse ketika kurus

Amy Winehouse berjaya menaikkan berat badannya 

Kelly Clarkson ketika kurus dan selepas berisi

Angie kelihatan kurus

Cuba lihat kaki saya - Angie

Actress yg mengamalkan diet yg salah

Ashley Cole 

Ashley Cole

Cuba lihat otot sy... takut tak? -Madonna

Megan Fox ketika berat badannya normal

Megan Fox setelah mengamalkan diet yg 'sihat'

Salah seorg penyanyi Girls Aloud. Foto sebelah kiri foto terkini. Foto Sebelah kanan foto dahulu


Nicole Scherzinger

Ex-hubby Britney Spears lepas bercerai... Kevin Federline

Nicole Richie dan sahabat baiknya LiLo


Kesimpulannya di sini,  apa yg paling utama, jgn memudaratkan diri sendiri dan sentiasa menghargai setiap apa yg telah Allah anugerahkan kepada diri kita... Setiap org punya kelebihan dan kekurangan masing-masing... so, jgn selalu merasa rendah diri malah seharusnya bersyukur dgn setiap kurniaanNya... Renung2x kan ya... Jumpa di lain lembaran... Salam...

Monday, February 14, 2011

..:: Lagu yg terngiang-ngiang di kepala ketika ini ::..




I don't tell anyone about the way you hold my hand
I don't tell anyone about the things that we have planned
I won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to push me down
They want to see you fall (down)
Won't tell anybody how you turn my world around

I won't tell anyone how your voice is my favourite sound

Won't tell anybody

Won't tell anybody
They want to see us fall
They want to see us fall (down)

I don't need a parachute

Baby, if I've got you

Baby, if I've got you

I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

Don't believe the things you tell yourself so late night and

You are your own worst enemy

You'll never win the fight

Just hold on to me
I'll hold on to you
It's you and me up against the world
It's you and me

I don't need a parachute

Baby, if I've got you

Baby, if I've got you

I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I won't fall out of love

I won't fall out of,

I won't fall out of love

I won't fall out of,

I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I'll fall into you