Sunday, February 6, 2011

..:: InDePeNdEnT, iNdIe bAnD, bErDiKaRi, GaNtUnG DiRi??? ::..

Ketika aku leka mendengar lagu di dalam train yg laju memecut sehingga 120km/jam dari Ipoh menuju ke KL Sentral, aku tetibe terfikir tentang perkataan gantung. Bukan pasal gantung diri, gantung org ataupun gantung tak bertali okai... Tapi pasal gantung yang ada hubung kait nya dengan independent... Ahaksss... Hidup tanpa bergantung pd org lain... mampukah??? Betul ke kita boleh hidup tanpa bergantung pada sesiapa kat dunia ni? Meneruskan kelangsungan hidup dengan berdiri di atas kaki sendiri tanpa pertolongan ataupun bantuan sesiapa... Sikap berdikari ni juga kalau tak silap aku merupakan salah satu ciri penting ataupun kriteria yg membuatkan seseorg boleh terpikat pd seseorg yg lain... ye ke camtu? tepuk dada, tanya selera ya... hee... Di kesempatan ini, aku ingin sekali mengulas, mengimbas dan menganalisis ciri istimewa yang satu ini. Dr sudut pemerintahan contohnya, jika sesebuah negara itu tidak independent, rakyatnya dengan mudah akan ditindas dan diperkotak katikkan dengan sewenang-wenangnya oleh tampuk pemerintahan ala diktator a.k.a dinosaur = penjajah... Tanpa kemerdekaan, sesebuah negara itu akan terus mundur, tidak maju ke depan malah berpatah balik ke belakang... Jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara yg telahpun mencapai kemerdekaan atau independent... So pentingkan independent itu pd sesebuah negara? Kita tak perlu bergantung pada negara lain untuk memerintah negara kita. Sesebuah negara itu perlu berdikari dan bergantung pada keupayaan rakyat dan pemimpin nya utk membangun serta mentadbir negaranya sendiri tanpa perlu campur tangan oleh kuasa asing! Sebagai rakyat Malaysia, aku berbangga kerana kita sudah mencapai kemerdekaan yg telahpun mencapai usia 54tahun pd tahun ini. Merdeka!!! Tapi jika di lihat dr spektrum yg lain, adakah kita benar-benar merdeka? walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan, adakah mentaliti rakyat nya juga merdeka & bebas dr anasir-anasir luar yg secara halus nya cuba menjajah minda kita tanpa kita sedari... 





Foto-foto di atas td tu menunjukkan bahawa Malaysia negaraku yg tercinta ini telahpun mencapai kemerdekaan. Kita sudah independent dr sudut bebas daripada jajahan luar tapi yg menjadi persoalan kini, adakah  anasir-anasir luar mampu menjajah minda kita seterusnya menakluk pemikiran kita tanpa kita sedari supayakita  tidak lg menghargai apa itu erti kebebasan, kemerdekaan, tak perlu bergantung pd kuasa asing untuk mentadbir negara kita. Oklah, tetibe aku teringat lak, cakap psl independent ni, aku tgk skg ni mmg da jadi trend indie band dan penyanyi indie yg wujud bagaikan cindawan-cindawan comel yg tumbuh selepas banjir :p Ngeee... Adik-adik aku sbg contoh yg terdekat, sgt meminati indie band. Berlambak-lambak dan bersepah-sepah indie band muncul dan menapak di persada seni tempatan... Ada kumpulan Hujan la, Bunkface la, Meet Uncle Husin la, lalalalalalalalalalalala.... blablablablablablabla....Bg aku ok jugak la sekali sekala lyn indie band sbb kadang kala lagu dorg sedap, kadang-kadang aku tak berapa gemor pun ade bile dengor lagu2x dorg... Tapi lain anak tekak, lain seleranya kan? Konsep independent yg dibawa oleh dorg ni berkisar ttg lagu, lirik, album yg dorg compose & terbitkan sendiri tanpa bergantung pd org luar... Indie band or penyanyi indie skg ni mendapat sambutan hangat bagaikan hangat nya mentari di Afrika Selatan... Ahaksss... 



BUNKFACE
KUMPULAN HUJAN    





Korang rasa cane skg ni, penting tak independent pd diri korang tak kira lah dr dimensi apepun yg terlintas di fikiran korang sekarang ni. Nampaknya train aku da sampai pun kat KL Sentral. Nak chow dulu... Hehu! Ketemu di lain lembaran ya! Salam~

Wednesday, February 2, 2011

..:: Adakah Aku Seorang Paranoid??? ::..

Alkisahnya, smlm sumone told me that i'm such a paranoid person. Katanya aku ni paranoid semacam... Sebelum ni orang yg sama jugak pernah kata aku ni perangai macam mak nenek... s0b37x... Berbalik semula pd isu whether Hawa is a paranoid person or not? (Cewwwahhh, cam tgh extract issue utk soklan perundangan lak)... Aku tergamam & blur sekejap bile dia cakap aku camtu...Mula lah kepala otak aku ni ligat dgn pelbagai-bagai soklan. Setahu aku org yg menghidap paranoia ni jenis yang over ble pk sumthing, suka pk bukan-bukan, risau melebih-lebih, suka berimaginasi di luar batas (jgn pk lain ya :p)... Selain itu, paranid ni juga suka berdelusi, suka syak or have suspicion tanpa basis... Adakah aku dalam kategori sume tu? Bila aku amik masa & renungkan kembali, muhasabah diri, ada di antara ciri-ciri itu pada diri aku... Puncanya? Maybe sebab aku banyak kali & acapkali ditikam dari belakang sblm ni. Aku asyik memendam rasa & makan hati dgn sikap hamba Allah tu yang wat aku jd begini. Selalu hilang kepercayaan, selalu ada masalah dan konflik diri yg serius, depression... Aku rasa dgn cara menjauhkan diri dr org tu akan buat aku kembali normal. Mungkin terlalu banyak yg hamba Allah tu da wat pd aku sampai aku trauma... "trauma yg melanda, menikam-nikam jiwa..." ahaksss.... tetibe teringat lak lagu kumpulan Elite nyanyi tu... ngee (n_n)... sambung balik.... At last, sume aku yg salah & akulah penghidap paranoia (Yessss!!!!) .... InsyaAllah, ini sume akan aku jadikan titik tolak utk aku berubah sedikit demi sedikit menjadi seorg yg barjaya mengatasi masalah paranoia tu... aku mahu jd lebih kuat, lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang... Al-maklum lah, ni last semster aku di UIA, jadi aku kena lebih berusaha, lebih konsisten dgn pelajaran aku, aktiviti aku kena seiring dgn matlamat yg hendak aku capai dlm hidup... Aku perlu prioritize kan perkara-perkara yg penting dalam hidup aku... Cakap-cakap orang yg hanya mahu melemahkan minda dan diri kita x kira dr segi lahiriah atau rohaniah, yang ingin melemahkan benteng pertahanan diri & menjatuhkan kita patut di abaikan saja... I am who I am... I juz wanna be myself. If u dont like me & cannt accept me juz the way I am, u may leave me or stay away from me. As simple as that... Find ur own happiness with ur own way... In a nutshell, May Allah bless u~ Sekian sahaja utk hari ini...

Tuesday, February 1, 2011

..:: DuniA 0H DuNiA ZaMaN SeKaRaNG ::..

Salam satu dunia semua (n_n)...

Sebagai mukadimah utk my 1st post ni, mmg best kan kalau dpt kupas isu-isu semasa, masalah sosial yang semakin meruncing melanda Malaysia skg ni... ahaksss... tetibe rase cam diriku ini seorg reporter pulak... topik hot yg aku baca hari ni tentang seorg nenek yg bernafsu kuda yg terpapar di salah satu tabloid dlm negara... haishhh... ape nak jadi ntah ler...baru saja bercerai di sebelah petang, tp tak sampai 24jam tempoh perceraian tu, dah kena cekup dengan penguatkuasa agama... teringat pula nasihat-nasihat drpd lecturers yang menasihati kitorg supaya abaikan diri drp baca tabloid-tabloid yg wujud kat malaysia ni... tp nak wat cemane, cuba tgk topik-topik muka depan tabloid, kalau tak pasal seks, pasal artis bergaduh la, bercerai la, kena cekup sbb berkhalwat la... sume cite-cite sensasi yg org ramai tertarik nak baca... cemana pula dgn national newspapers kat malaysia ni pulak? ahha... sume nya skg da mcm pro-kerajaan... sume nya berkisar ttg bagusnya BN dan kejinya parti-parti alternatif di Malaysia... hurmmm... kadang-kadang aku rasa perkara sume ni mcm remeh saja... banyak isu yg kita boleh extract & boleh dikopek-kopek lg menjadi sumthing yg boleh di kongsi bersama... adakah Malaysia skg dlm siatuasi yg AMAN? bg aku, Malaysia skg da gawat, tambah pula barang-barang skg sume nya makin naik harga nya, isu minyak, brg-brg runcit yg naik melangit bagaikan suhu ketika demam menyusahkan rakyat saja... kalau harga rokok yg naik berlipat kali ganda tu aku mmg sokong 101%... ahaksss... paling terasa tentulah the taxpayers, mak bapak kita kan???... yg x bayar cukai, mampu diam je kot seperti aku... ngee (n_n)... tp sbg org biasa who stand on behalf of public at large, aku perhatikan mmg skg golongan sederhana & berpendapatan rendah sgt2x tertekan dgn kenaikan harga yg tiada berpenghujung... itu menimbulkan lain-lain isu pula akibat drpd isu kenaikan harga... contohnya, kenaikan peratus org yg menghidap sakit mental seperti yg diuar-uarkan di merata-rata media lately...
natijahnya, sama-sama kita renungkan demi masa depan bersama... ahaksss....

Saturday, January 1, 2011

chat


Exchange Link

http://missciku-ciku.blogspot.com

About Me

1
Assalammualaikum... 
Hai semua, ape khabar? 
Hope semua nya sihat2x saja ya... 
First and foremost, let me introduce myself to all of u ya...

Nama yg diberi : Hawa Hassan... Juz call me 'hawa' (n_n)
Berasal dari : Bintulu, Sarawak... 
Menetap di : Ipoh, Perak... 
D.o.B : 29 Disember
Pekerjaan : TIADA... Masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak... 
Hobi : melayari internet, mendengar lagu, membaca buku, melancong, apa-apa yg berkaitan dengan dunia fotografi, etc... 
Genre muzik yg diminati : R'n'B, Pop... 
Fave quotation : TaKe rIsKs, If yOu wIn, YoU wiLL bE HaPPy...If yOu LoSe, YoU WiLL bE wIsE...

contact me