Tuesday, May 10, 2011

..:: aku berjaya membuat kek... Akhirnya!!! ::..

Salam semua... ape kabo? rasa cam da lame lak tak update blog ni... almaklum lah, bz dgn interview, pastu ulang alik dr ipoh ke kk... dgn driving class lg, dgn cooking + baking class lagi on weekend... ahaksss... life is very wonderful and colorful,rite? byk yg kita kena cuba untuk pelbagaikan kemahiran diri... sebelum ni asyik bergelumang dgn ilmu dan kuliah... bila ade masa terluang ni, mmg aku nak guna peluang sepenuhnya dgn attend kelas memasak, kelas pembuatan kek, pastri etc... ahaksss...sebelum ni aku join untuk belajar wat pizza. hujung minggu br ni aku join mak-mak sedara aku kat kelas membuat kek... kitorg wat 3 jenis kek; kek coklat + ganache, kek walnut crumble, kek marble... dgn teknik-teknik dan tunjuk ajar yg diberikan oleh chef yg berpengalaman kat kolej komuniti kuala kangsar tu, alhamdulillah, semuanya menjadi... hehehe... mmg happening dan syiokkk habis... let's cekidaut~






























ini dia walnut crumble cake... yummy

bahan-bahan untuk buat butter cake / marble cake











it's me!

Thursday, May 5, 2011

..:: Tips cintan cintun yang umphhhh! ::..

ahaksss... aku ni da macam pakar cintan cintun lak rase nya... ape salahnye kan sekali sekala jd Dr. Cinta tak bertauliah... hehe... dalam bercinta, bertunang, berkahwin sudah tentu lor banyak dugaan & cabaran yg kita kena hadapi ye tak? sekadar berkongsi pengalaman ketika aku menjalani praktikal di Mahkamah Syariah, mmg byk sgt masalah dan hal rumahtangga dr sekecil - kecil masalah sehinggalah kepada masalah yg besar melibatkan pasangan yg baru atau sudah lama berkahwin... kadang-kadang punca dorg ni ke mahkamah ni x tercapai dek akal kita... byk situasi yg pelik-pelik diberikan apabila rasa cinta mulai pudar dan hilang dalam perhubungan... fuhhh, mmg menakutkan tul bila deal dgn hal-hal cmtu... bukannye ape, bila da bercerai berai mcm ni, byk lor pekung di dada yg didedahkan... bagi kita yg sedang dalam perhubungan, di harap jaga dan kekalkanlah hubungan yg sedia ada,okai... haishhhhhh.... apehal cam emo lak tetibe... wadehel men.. tak mau lagi sentuh bab-bab ni... jom kita tukar lak topik yg best iaitu macam mana kita nak tahu bahawa kita ni sedang dicintai atau menyintai seseorg... ahaksss... mmg byk tips untuk mengenali perasaan cinta yg terbit dari hati tapi ni adalah antara tips untuk mengenalinya... ape-apepun jom cekidaut, bebeh!

1) Korang tahu yg korang ni merindui seseorang apabila jantung korang dup dab dup dab berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.


Ulasan:

Korang mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun korang tak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


2) Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan:

Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.


3) Jika seseorang hadir dalam hidup korang dan menjadi sebahagian daripada korang, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih terimalah kenyataan itu dan sekurang2xnya dia pernah membahagiakan korang... 

Ulasan:

Masa akan menentukan segalanya bebeh, jika dia ditakdirkan bersama korang, dia akan kembali.


4) Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan korang, Jangan melarikan diri  daripadanya kerana suatu hari nanti, korang pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan korang itu.

Ulasan:

Hargai orang yang menyayangi korang, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita ye tak??? yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.


5) Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika korang merasakan sesuatu itu akan membuatkan korang bahagia, aman dan sentosa, apalagi teruskanlah. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan:

Masa tidak menunggu kita. Kalau korang rasa korang dah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau korang akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.


6) Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan korang benar2x  bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.



Siapa kamu pula?".

Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."


Ulasan:

Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.


7) Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian korang. Dari kalangan yang korang pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari korang walau diamana sahaja korang berada.


Ulasan:

Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang
yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu
ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.


8) Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. Haha... (don't be too choosy,okeng!)


Ulasan: 

kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.


9) Cinta itu membuatkan korang gembira walaupun ia sering melukakan.Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan:

Kalau korang dah bertemu seseorang yang benar2x menghargai korang, maka dia berhak mendapat kasih dan sayang drpd korang.


10) Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati. Ia sama jugak macam kita nak dapat lesen... Time ujian jln raya dgn JPJ bukan main lagi tertib, lepas da dpt lesen, HAREMMMM nak mengikut sume panduan tu... tul tak? bek mengaku cepat... hehehehe

Ulasan:

kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang korang sayang/cintai, korang mestilah membuat dia percayakan korang dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan korang. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap korang dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.


11) Apa kata seseorang memberitahu korang ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."

Ulasan:

Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya.


12) Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya korang kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.


Ulasan:

Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk  korang mencubanya terlebih dahulu; kerana jika korang berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika korang tak mahu/berani mencubanya, korang mungkin akan kehilangan orang yang  korang sayang/cintai selamanya.


13) Korang tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Korang cuma kalah kalau  korang bertangguh.

Ulasan:

Jangan takut untuk meluahkan isi hati korang kepada orang yang  korang sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang korang sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup korang. Dengan itu, korang akan rasa lebih yakin dan puas. Dan   korang akan rasa bangga terhadap diri korang kerana korang telah menunaikan tanggungjawab  korang terhadap perasaan hati korang.


14) Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati korang kerana akibatnya, hanya korang yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri korang, tapi dia masih sangup menyayangi  korang dengan sepenuh hatinya.

Ulasan:

Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan korang dan masih sanggup bersama korang dan lebih menyayangi korang, maka korang lah orang yang paling bertuah!  Dia layak mendapat cinta korang.


15) Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.


Ulasan:

Bukalah pintu hati korang, benarkan orang yang korang sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.


So, dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu kita disedari. Apabila kita bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk kita difahami; tetapi untuk kita memahami. Ia bukan 'passport' untuk kita mengambil itu dan ini; tetapi untuk kita diambil. Ia adalah untuk kita mendengar; bukan supaya kita didengar. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk kita meminta itu dan ini. Ia bukan untuk kita berkira2x atau mengukur; tetapi untuk kita  mencintainya.....

Renung-renungkan dan selamat beramal... ahaksss.... (n_n) I LOVE YOU!!!!



..:: 50 Fakta Menarik tentang Lelaki ::..

Lelaki ohhh lelaki... sukar dimengerti dan difahami... tp lps aku baca fakta-fakta menarik tentang lelaki ni, aku baru sedar ape yg aku tak faham tentang makhluk Tuhan yg satu ini... Jom kita renung-renungkan ya~




FAKTA MENARIK TENTANG LELAKI YANG PERLU DIKETAHUI OLEH PEREMPUAN 

1. Sebenarnya Lelaki ni bukannye cari wanita yang cantik di mata saja, tapi yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah). Ahaksss... :p

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukannya bererti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang BB tidak memahami SYG,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bekerja dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda  seadanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan Anda, namun kadang kala dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum sedia untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal meneleFon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti wanita juga, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda.

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kah saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?)

23. Anda tidak akan boleh membuat lelaki memahami dengan berbual sekali saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi kadangkala susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan bererti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tidak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan seadanya.

33. Boleh saja membuat lelaki inginkan Anda, tetapi jika dibiarkan terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya seada-adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup sekadar mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak berjalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang berlagak pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.

45. Kadang-kadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh atau berenggang dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Tuesday, May 3, 2011

..:: don"t give up,Hawa ::..



AFGAN
PadaMu Ku bersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Reff:
Kau tempatku meminta,
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan
karuniaMu dalam sunyinya aku bersujud


..:: aku redha ::..

post ni aku update untuk aku luahkan apa yg da terbuku dalam sanubari aku sejak sekian lama... Astaghfirullah, aku mmg da byk lalai sebelum ni... sehinggalah aku diberi dugaan yg tak mampu aku pikul... tapi benar apa yg diriwayatkan, Allah tidak akan menguji kita melebihi kemampuan kita sendiri. Dia akan menguji kita dengan melihat kepada kemampuan kita menempuh dan menghadapi dugaan yg diberikan. Aku patut lebih bersyukur dengan apa yg telah terjadi... aku harap aku akan jadi lebih tabah, lebih matang, lebih rasional dalam apa yg aku lakukan slps ini. perkara yg lepas usahlah dikenang... yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan... aku berdoa semoga aku lebih bersemangat dan lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang. perjalanan hidup masih jauh, sekarang ni aku di uji dengan dugaan yg kecil, cuba tempatkan diri aku sendiri pd org-org yg telah di uji dengan dugaan yg lebih berat...  tak dapat aku bayangkan... 


aku tak mahu menyimpan dendam apatah lagi bermusuh dengan sesiapa... hidup di dunia ni cuma sekali... berbuat baik, berfikiran positif, dan pandang ke depan... jangan toleh ke belakang lagi... byk lg perkara yg menggembirakan dan menyenangkan hati menunggu di hadapan. dengan dugaan yg diberikan kepada aku, membuka minda aku yg selama ini separa sedar akan keikhlasan manusia, kekhilafan diri sendiri yg tak mampu membahagiakan org lain... aku mmg tak mampu, aku mmg tak layak... semoga aku menjadi lebih tabah dan lebih matang dalam membuat keputusan lps ni. Allah itu Maha Adil, what goes around will turn around... jangan beratkan kepala dengan perkara-perkara silam yg menjadi sejarah hitam buat diri sendiri... masa lampau adalah sejarah buat kita untuk dikenang dan direnungkan bukan untuk di ulang... masa hadapan adalah sesuatu yg harus kita corakkan dan aturkan... insyaAllah, kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan... kita tak perlu mengeluh dengan apa yang terjadi, tapi perlu bersyukur dgn apa yg dimiliki. at least, pengalaman yg memeritkan ini bukan semua org dpt rasainya... 


pada ketika aku rasa seperti aku dikhianati dan dikecewakan, aku berdoa semoga aku takkan mengkhianati dan mengecewakan org lain... sebab yg kukuh untuk berbuat demikian kerana aku sendiri pernah rasa betapa peritnya dikhianati dan dikecewakan... manusia, manusia... tak pernah rasa puas dengan apa yg dimiliki... ada sesetengah manusia suka dan bahagia dengan menyakiti dan memusnahkan hidup org lain demi nafsu nya sendiri... manusia jenis inilah yg selalu mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan org lain... segala pengorbanan di balas dengan penipuan, kecurangan, keegoan, dan sebagainya... Aku doakan manusia dalam kategori ni berbahagialah dengan perbuatan anda... anda sudah matang untuk berfikir dan keluar dr kotak pemikiran yg sempit dan tak bertamadun... 


kadang-kadang aku rasa mcm x logik lak... pd sesetengah org, bila dia disakiti, dikhianati, di tipu, di curangi pada hubungan masa lampau, tapi membalas segala keperitan dan kesakitan itu pd hubungannya masa kini. apakah motif sebenar makhluk itu? adakah dgn membalas segala keperitan itu terhadap org lain dpt puaskan hatinya sendiri? mungkin makhluk jenis ni hanya akan merasa puas jika dia dpt memperbodohkan dan menjadikan org lain sebagai mangsa keadaan. memusnahkan impian dan hidup org lain bermakna satu kejayaan buat dirinya... mmg wujud manusia seperti ini di muka bumi Allah yg terbentang luas... Semoga Allah memberi petunjuk serta hidayah kepada manusia semacam ini. harapan aku, perbaiki diri aku sendiri ke arah yg lebih baik... kepada teman-teman, mmg benarlah seperti yg di uar-uarkan sebelum ini... thanks for ur support... Salam~